Tema: Ladang Tuaian
Melihat orang banyak itu, tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, karena mereka lelah dan terlantar seperti domba yang tidak bergembala. (Matius 9:36)
Pemahaman mendalam kita untuk masa depan, beban yang diletakkan pada roh kita, dan tugas yang dipercayakan Tuhan kepada kita dianggap sebagai visi. Visi menggerakkan kita ke depan dan ini termasuk visi untuk memberitakan Injil dengan sungguh-sungguh, kerana Injil memberi kita harapan batin dan memberi daya mereka yang menginjil.
Itulah janji Tuhan yang luar biasa. Dengan percaya kepada Yesus, kita memiliki hidup yang kekal. Ini bererti ketika kita percaya kepada Injil dan menyeru nama Tuhan, kita diselamatkan dan menerima hidup yang kekal! Ketika kita menangkap sepenuhnya visi dan nilai penginjilan, kita akan menghargai nilai dan keselamatan jiwa-jiwa. Petrus pernah berkata “...Ia menghendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat.”
Apakah yang anda lihat di dunia hari ini, saudara dan saudari? Adakah anda melihat hal-hal rohani atau perkara sekular? Adakah anda mencari kepuasan kekal atau kenikmatan sementara? Adakah orang masuk syurga atau masuk neraka? Kita melihat kemerosotan umat manusia yang berlanjutan saat kita memuaskan diri dalam dosa. Kita terdesak dan tidak berdaya. Puji Tuhan bahawa kuasa Injil tersedia saat ini untuk menawarkan iman dan harapan kepada dunia! Jadi, setiap kita memerlukan Injil. Alkitab secara khusus menyingkapkan janji bahawa Tuhan “yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan
kebenaran.” (1 Timotius 2:4)
DOA HARI INI:
Berdoalah agar Tuhan membuka mata kita untuk melihat keperluan orang, kerana mereka seperti domba yang hilang yang memerlukan Gembala. Mintalah Roh Kudus untuk memenuhi kita dan menjamah kita, dan memberi kita hati yang belas kasihan, supaya kita akan mula mencari dan peduli yang lemah, yang hilang, dan mereka yang masih belum mendengar Injil, dan memimpin mereka kepada Tuhan untuk menerima belas kasihan dan pimpinan-Nya.
Berdoalah agar pelayanan kanak-kanak istimewa mempunyai sumber yang mencukupi untuk memenuhi keperluan kanak-kanak istimewa. Berdoalah agar lebih ramai sukarelawan diperlengkap dan dilatih untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak istimewa di gereja mereka
Pemansuhan sekolah vernakular telah menjadi topik yang hangat diperdebatkan selama bertahun-tahun, dan telah dieksploitasi oleh ahli politik untuk keuntungan politik mereka. Berdoalah menentang agenda mementingkan diri sebegitu dan agar pihak berkuasa mengiktiraf peranan penting sekolah vernakular sebagai wadah untuk menyediakan pendidikan yang menyeluruh kepada orang dari semua latar belakang.
Comments