top of page

Hari 29: Ladang Tuaian Untuk Memberitakan Injil

Tema: Tuaian Ladang

Karena itu mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.” (Matius 9:38)


Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi tibalah musim menuai? Tetapi Aku berkata kepadamu: Lihatlah sekelilingmu dan pandanglah ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai. (Yohanes 4:35)


Tubuh Kristus tidak semata-mata mendapat pencerahan daripada pengajaran doktrin Kristian yang baik dan kuat, tetapi juga melalui pendidikan Kristian yang sistematik. Jauh lebih penting daripada ini, kita harus dilatih untuk menjadi saksi Injil di tempat kerja kita. Kita seharusnya tidak hanya bersinar di gereja tetapi di luar keempat-empat dinding Gereja.


Malahan, tempat kerja adalah salah satu ladang tuaian terbaik. Oleh itu, anak-anak Tuhan harus menggunakan pengaruh mereka di tempat kerja sebagai garam dan terang dunia.


Ladang lain di mana Berita Baik dapat diisytiharkan ialah tempat di mana orang memerlukan bantuan dan persahabatan. Ini boleh menjadi tempat-tempat seperti hospital, rumah warga emas, rumah anak yatim piatu, atau di mana pun kita menemukan keluarga miskin atau masyarakat kurang mampu. Bagaimanapun, di mana pun ada keperluan, di situ ada potensi ladang tuaian untuk Berita Baik.


Makna kitab suci dari Kisah Para Rasul 1:8 memberitahu kita bahawa ladang untuk Berita Baik tidak hanya terbatas di bandar kita (Yerusalem), tetapi harus meluas ke negeri kita (seluruh Yudea), dan bahkan sampai ke hujung bumi (atau seluruh dunia). Di mana-mana adalah ladang untuk Berita Baik. Selagi anda berusaha untuk memberitakan Injil di mana pun anda berada atau pergi, itu akan menjadi ladang tuaian anda. Ini termasuk pemanfaatan media untuk menjangkau khalayak yang lebih luas merentasi jarak tanpa batas.


DOA HARI INI:

  • Berdoalah agar kita meninggalkan zon selesa kita dan mengenali keperluan orang lain, dengan mendengarkan tangisan hati mereka, dan memperkenalkan Berita Baik kepada mereka yang inginkan keselamatan. Kita dapat bermula dengan keluarga kita, kemudian sekolah dan tempat kerja dan akhirnya kepada orang atau kelompok yang kita tidak kenal sehingga mereka juga akan merasakan kebaikan Injil.

  • Berdoalah agar pelayanan ahli perniagaan akan menjadi saluran yang berhasil bagi Injil dan untuk memenangkan jiwa bagi Kristus. Berdoalah juga agar mereka dapat melihat melampaui kapasiti pelayanan mereka sekarang untuk memberi kesan alkitabiah yang lebih besar dan bertahan lama dalam komuniti mereka.

  • Berdoalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berfungsi sebagai entiti yang tidak berpihak, menyediakan sistem pilihan raya yang adil dan bebas untuk pengundi dengan sentiasa menyemak dan membuat perubahan dalam pembahagian kawasan pilihan raya sekiranya perlu.



Comments


bottom of page