Tema: Amanat Agung
Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi (Matius 28:18b)
“Ketundukan kepada kehendak Tuhan bermakna bekerjasama dengan Tuhan dalam aktiviti momen-ke-momen yang membentuk keberadaan harian kita.” ~ Dallas Willard, Penghilangan yang Besar ~
Autoriti ialah sesuatu yang berkuasa. Seorang anggota polis bersaiz kecil boleh menahan sebuah lori seberat lima tan dengan hanya mengangkat tangan. Kenapa? Kerana dia datang bukan atas kuasanya sendiri tetapi autoriti seluruh negeri dan undang-undangnya. Yesus tahu bahawa “Amanat Agung” akan datang dengan “Lawan Besar”. Pemuridan akan menjadi kerja yang sukar. Lagipun, Dia memberitahu murid- murid-Nya bahawa Dia mengutus mereka sebagai domba antara serigala. Serigala makan biri-biri untuk sarapan pagi. Sesuatu yang tidak menghiburkan.
Inilah sebabnya sebelum memberitahu mereka tentang misi itu, Kristus menyatakan kesukarannya dengan satu jaminan bahawa “segala kuasa di syurga dan di bumi” telah diberikan kepada-Nya. Melainkan Kristus, kita akan dimakan oleh dunia, tetapi dengan Kristus kita tidak perlu takut kerana Dia telah mengalahkan dunia.
Sebaiknya kita ingat bahawa semua bermakna segala- galanya. Semua perkara di syurga dan di bumi kini tertakluk kepada Raja yang Bangkit. Tidak ada yang tertinggal. Oleh itu, marilah kita menyerahkan diri kita dan menjemput pemerintahan-Nya ke dalam setiap bahagian kehidupan kita. Apabila kita mempersembahkan hidup kita kepada-Nya, tidak ada yang sia-sia. Dan hanya ketika kita membawa “segalanya” kita kepada Kristus barulah kita boleh memiliki kasih karunia dan kuasa untuk melaksanakan Amanat Agung. Di luar Dia, kita tidak boleh berbuat apa-apa.
DOA HARI INI:
Ya Tuhan Yesus, kami ingat kembali bahawa hanya Engkau yang telah diberikan tempat tertinggi “jauh di atas semua pemerintah dan autoriti dan kuasa dan kerajaan, dan di atas setiap nama yang dapat disebutkan, bukan hanya pada zaman ini tetapi juga pada zaman yang akan datang.” Terima kasih kerana kami tidak perlu takut kerana kami adalah milik-Mu. Amin.
Kini terdapat 613 kampung baharu di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Berdoalah agar kerja-kerja penginjilan di kampung-kampung baharu ini akan membuahkan hasil yang banyak, dan agar Tuhan mengurapi pekerja Kerajaan- Nya semasa mereka menjangkau jiwa-jiwa.
Rakyat Malaysia telah menyaksikan bagaimana individu seperti aktivis, wartawan, dan pemimpin pembangkang yang menyuarakan pendapat mereka terhadap pihak berkuasa telah ditangkap, disiasat dan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan. Berdoalah agar kerajaan yang sedia ada mengizinkan pendapat yang berbeza didengar dan dipertimbangkan, sekaligus mewujudkan lebih banyak ruang untuk demokrasi maju.
Comments