top of page

Hari 33: Dibaptis ke Dalam Kristus dan Komuniti

Tema: Amanat Agung

Baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus (Matius 28:19b)


“Semua orang mengatakan mereka menginginkan komuniti dan persahabatan. Tetapi sebutkan akauntabiliti atau komitmen kepada orang, dan mereka akan lari ke arah lain. ~ Timothy Keller ~


Dalam Amanat Agung, Kristus hanya memasukkan beberapa elemen penting - salah satunya ialah pembaptisan. Daripada semua perkara yang Dia dapat pilih, Kristus memilih untuk menyertakan ungkapan iman seseorang di depan umum. Pembaptisan harus menjadi tanda murid- murid-Nya. Mengapa pembaptisan begitu penting? Jika anda membaca Surat-surat anda akan melihat bahawa pembaptisan berkesan membentuk identiti orang percaya dengan membawa orang itu untuk mengenal pasti dengan dua perkara.


Perkara pertama yang kita kenal pasti ialah Kristus sendiri (lihat Galatia 3:27). Yesus mati untuk dosa kita, dikuburkan, dan dibangkitkan. Ketika kita menjalani pembaptisan air, kita mengisytiharkan Injil itu dengan kehidupan kita sendiri. Kita berkata kepada dunia bahawa kita juga telah dikuburkan bersama-Nya melalui pembaptisan ke dalam kematian dan kini dibangkitkan ke dalam kehidupan baharu di dalam Dia (lihat Roma 6:3-4). Penyatuan dengan Yesus ini menjadi identiti teras kita.


Tetapi perkara kedua yang kita kenal pasti dalam pembaptisan ialah tubuh Kristus yang lebih besar iaitu gereja dan orang percaya yang lain. Kitab Suci berkata, “kita telah dibaptis menjadi satu tubuh” (1 Korintus 12:13). Ini memberitahu kita bahawa kita dipanggil untuk mengikut Kristus dalam konteks

komuniti Kristian. Maknanya, kasih kita kepada Tuhan tidak boleh dipisahkan daripada kasih yang kita miliki terhadap satu sama lain (lihat 1 Yohanes 4:20). Hanya dalam keluarga rohani, dengan Kristus sebagai kepala, kita belajar pemuridan sejati.


Kita milik Tuhan dan kita milik satu sama lain. Inilah kita. Dan dengan cara inilah dunia akan mengetahui siapa kita (Yohanes 13:35).


DOA HARI INI:

  • Ya Tuhan, izinkan saya diingatkan bahawa “Saya bukan milik saya sendiri, tetapi kepunyaan tubuh dan jiwa, baik dalam hidup mahupun dalam kematian, Penyelamat saya yang setia iaitu Yesus Kristus”. Terima kasih kerana Engkau telah memberi saya keluarga rohani. Beri kami kasih yang mendalam antara satu sama lain dan belas kasihan kepada orang-orang di sekitar kami. Amin.

  • Berdoalah agar dana dan tenaga kerja tersedia untuk pelayananmigrandigerejadanorganisasi Kristian. Berdoalah juga agar mereka dapat membentuk program penginjilan dan pemuridan mengikut konteks untuk membantu komuniti migran untuk pertumbuhan dan penerobosan yang konkrit

  • Laporan penderaan rumah tangga meningkat secara drastik sebanyak 42% dengan 5,260 kes pada 2020 dan 7,468 pada 2021. Sejak 2015, sekitar 5,000 kes telah direkodkan setiap tahun. Berdoalah agar Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JMKRT) menangani isu serius ini dengan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membantu mangsa serta keluarga mereka.


Comments


bottom of page