top of page

Hari 34: Ajarkan Firman Tuhan

Tema: Amanat Agung


“ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu” (Matius 28:20a)


“Firman Tuhan ialah cara utama untuk Pemuridan.” ~ Benny Ho, Menuju Gereja Pemuridan ~


Ada beberapa pertanyaan besar yang perlu dijawab seseorang untuk menjalani kehidupan yang utuh. Jika dibiarkan tidak dijawab, jiwa menjadi layu. Di sini kita melihat hikmat Tuhan di mana Amanat Agung menjelaskan pertanyaan-pertanyaan penting ini.


Pertanyaan pertama adalah “Siapakah saya?” Ini berkaitan dengan identiti kita. Pertanyaan kedua adalah “Siapa milik saya?” Ini berkaitan dengan keperluan kita untuk komuniti. Seperti yang telah kita lihat kelmarin, Amanat Agung menjawab dua pertanyaan ini dengan baik. Identiti kita ada di dalam Kristus; komuniti kita ada di antara umat-Nya. Pertanyaan ketiga adalah “Apakah tujuan saya?” Ini berkaitan dengan panggilan kita. Amanat Agung memberitahu kita menjadikan murid adalah inti kepada panggilan kita.


Hal ini seharusnya membuat kita bertanya, “Bagaimanakah kita memuridkan?” Kristus memberi kita jawapan - dengan mengajarkan perintah-perintah-Nya (dan dengan meluaskan keseluruhan Firman Tuhan). Tanggungjawab untuk mengajar ini diberikan kepada semua - bukan hanya para pastor dan paderi. Dan kita dapat kerana kita semua mampu bertumbuh dalam pengetahuan dan ketaatan pada Firman. Melalui Kitab Suci, setiap orang, tanpa memandang usia atau latar belakang, dapat mengenal Tuhan dan memimpin orang lain ke dalam pengetahuan yang luar biasa itu.

Faktanya ialah semua orang sedang dimuridkan - baik dalam cara dunia atau dalam cara Tuhan. Hanya dengan kembali kepada Firman, gereja dapat dipersiapkan untuk serangan akhir zaman daripada penipuan cara-cara yang kelihatan benar, tetapi pada akhirnya hanya membawa kematian (lihat Amsal 14:12).


DOA HARI INI:

  • Bapa Syurgawi yang dikasihi, semoga kami tidak pernah berasa hairan bahawa, melalui Alkitab, kami mempunyai akses kepada Firman-Mu. Tolong kami untuk mengamalkan disiplin berseorangan - untuk bersendirian dengan Engkau dan Firman-Mu setiap hari. Ajar kami untuk mengajarkannya, kerana banyak kali kami tidak tahu bagaimana, “tetapi mata kami tertuju kepada-Mu”. Amin.

  • Berdoalah agar Tuhan menyembuhkan dan membebaskan para penjudi yang sedang menjalani proses rehabilitasi dan mereka yang telah dipulihkan. Berdoalah agar Tuhan menjauhkan mereka daripada pengaruh buruk, dan juga agar terang-Nya menyinari keluarga dan komuniti mereka semasa mereka bersaksi tentang kuasa kemenangan darah Yesus.

  • Pembantu rumah yang bekerja dalam persekitaran terpencil dan terkurung selalunya tidak dibayar, bekerja berlebihan, dikurung, dirogol, diperdagangkan, malah didera hingga mati. Berdoalah agar mereka mengetahui hak asasi mereka dan mempunyai jalan untuk mendapatkan sokongan moral dan bantuan, atau bahkan menyelamatkan apabila diperlukan.



Commentaires


bottom of page