top of page

Hari 36: Yang Terpenting: Mengasihi Tubuh Kristus


Tetapi kesudahan segala sesuatu sudah dekat; oleh itu jadilah serius dan waspada dalam doa-doamu. Dan di atas segala- galanya, milikilah kasih yang kuat antara satu sama lain, kerana “kasih menutupi banyak sekali dosa.” Bersikap ramah satu sama lain tanpa bersungut-sungut. Berilah tumpangan seorang akan yang lain sesuai dengan karunia yang telah diperoleh masing-masing, sebagai pengurus yang baik dari kasih karunia Tuhan yang berlipat ganda. (1 Petrus 4:7-10)


Terlalu mudah bagi kita untuk tersesat dalam kehidupan ini jika pandangan dunia kita sebagai orang Kristian tidak memasukkan perspektif seperti eskatologi (yang menyangkut hal-hal seperti akhir zaman, penghakiman, dan destini kita) atau memiliki akauntabiliti untuk membimbing kita sebagaimana kita mempersiapkan diri kita dan orang lain untuk kekekalan.


Melayani dengan perspektif akhir akan datang dengan rasa mendesak yang muncul ketika kita serius melihat janji dan peringatan tentang kedatangan kedua Kristus.


Rasul Petrus memberikan nasihat eskatologi singkat kepada kita, “Tetapi yang terutama ialah kasihilah sungguh-sungguh seorang akan yang lain” Meskipun kita memiliki banyak tugas untuk dilaksanakan, yang terpenting ialah mengasihi dan melindungi bahagian-bahagian Tubuh Kristus. Rasul Paulus memberitahu kita dalam 1 Korintus bahawa yang terbesar dari semuanya adalah kasih. Tuhan Yesus juga mengajarkan bahawa yang terpenting adalah mengasihi Tuhan dan sesama.


Untuk melakukan itu, kita perlu bersungguh-sungguh, berjaga- jaga dalam doa-doa kita, dan menjaga hati kita. Kita hanya dapat membangun orang lain jika kita menjaga hati kita sendiri, kerana kita perlu membangun diri kita sendiri sehingga kita kemudian dapat membangun orang lain dalam iman mereka yang paling suci. Mari jaga hati kita, dan kasihi serta maafkan orang lain dan tunjukkan keramahan kepada mereka dengan tidak bersungut-sungut tetapi bersikap ramah dan penuh perhatian jika mereka hadir di gereja dan bahkan mengajak mereka untuk makan di rumah kita. Dengan demikian, kita melakukan yang terbaik untuk membangun tubuh Kristus.

Fokus kebangunan rohani bukanlah pada mukjizat (walaupun ini adalah karya Tuhan). Penekanannya adalah menyelaraskan hati manusia dengan takhta Tuhan. Dalam kebangunan rohani sejati, kita akan mengakui dosa-dosa kita dan kembali kepada- Nya dengan rasa syukur dan komitmen, selalu bersedia dan rela diutus-Nya untuk melayani. Fokus pelayanan akhir zaman adalah saling mengasihi.




DOA HARI INI:

  • Tuhan Yesus, tolonglah kami untuk selalu ingat akan teladan dan perintah-Mu dalam membasuh kaki murid-murid-Mu pada malam Engkau dikhianati dan bagaimana Engkau berdoa untuk kesatuan mereka. Selidiki hati kami dan lihat apakah kami telah kehilangan cinta pertama kami kepada- Mu dan melupakan betapa Engkau mengasihi gereja-Mu. Tolong kami untuk mengasihi sesama orang percaya dalam tindakan dan bukan hanya dengan perkataan. Kiranya Engkau memampukan para pemimpin gereja untuk mewujudkan suasana penuh kasih yang memudahkan komunikasi terbuka, penerimaan, dan pengampunan satu sama lain, serta berusaha terus-menerus untuk mengekalkan kesatuan dalam Roh. Amin.

  • Berdoalah agar Tuhan memberi daya kepada gereja dan organisasi Kristian yang menangani kumpulan LGBT dengan kekuatan dan hikmat untuk menempuh bersama kumpulan tersebut. Berdoalah juga agar mereka memberikan bimbingan dan menyampaikan pengetahuan kepada gereja pada umumnya untuk merangkul kumpulan-kumpulan itu dengan kasih, belas kasihan, dan kebenaran Kristus.

  • Terdapat 1.2 juta orang penjawat awam yang dilaporkan pada tahun 2022. Berdoalah agar pegawai dan kakitangan sedia ada diperlengkap dengan kompetensi dan kecekapan yang lebih tinggi, dan minda dan semangat mereka diperbaharui untuk berkhidmat kepada negara dengan sepenuh hati, walaupun ramai yang mencadangkan pengurangan yang sewajarnya untuk mengurangkan belanjawan negara.


Commentaires


bottom of page