Siri Renungan Kewangan Keluarga
Ayat Firman : Mazmur 78:4-7 (AVB)
“4 Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak cucu mereka; kita akan memberitahu keturunan yang akan datang tentang pujian untuk TUHAN, dan kekuatan-Nya, serta hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan. 5 Kerana Dia telah menetapkan peraturan pada Yakub dan mengadakan hukum baru bagi Israel, yang diperintahkan-Nya kepada nenek moyang kita supaya diberitahu kepada anak-anak mereka, 6 agar keturunan akan datang mengetahuinya, anak-anak yang bakal lahir, dan mereka akan bangkit mengisytiharkannya kepada anak-anak mereka. 7 Dengan demikian mereka akan menyandarkan harapan kepada Allah dan tidak melupakan hasil kerja Allah serta mematuhi perintah-perintah-Nya.“
Renungan:
Penyair Mazmur mendorong kita untuk mewariskan cerita tentang kesetiaan Allah kepada generasi akan datang, supaya mereka mempercayai Allah dan mengingat karya-karya-Nya.
Aplikasi:
Kongsilah kisah-kisah tentang kesetiaan Allah dalam keluarga anda. Bincangkan bagaimana kisah-kisah hidup ini memperkuatkan iman dan membangunkan kepercayaan pada penyediaan Allah. Bertekadlah untuk sengaja bercerita kisah-kisah tentang kebaikan Allah kepada generasi yang lebih muda.
Doa:
Bapa Syurgawi, bantulah kami untuk menceritakan kisah-kisah tentang kesetiaan-Mu dengan keluarga kami dan orang-orang di sekitar kami. Semoga kesaksian kami memberi inspirasi yang boleh memperdalamkan kepercayaan dan keyakinan pada Mu. Dalam nama Yesus, Amin.
Comments