Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka. Karena mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut. (Wahyu 12:11)
Adalah satu tindakan yang mulia untuk bersaksi bagi Tuhan. Tuhan menasihati kita untuk setia sampai mati dalam Wahyu 2:10. Tuhan menuntut agar kita melayani dengan segala cara di akhir zaman.
Abraham mentaati Tuhan dan bersedia mempersembahkan Ishak sebagai korban kepada-Nya. Tuhan kemudian menggenapi janji kekal-Nya kepada Abraham dengan mengutus Yesus Anak Tunggalyangdikasihi-Nyauntukmatibagi kita. Yesus Sang Penyelamat mengorbankan diri-Nya dengan melunaskan segalanya di kayu salib. Dia tidak hanya menebus kita daripada hukuman dosa kita, Dia juga menggenapi Perjanjian Baru, membawa kita ke dalam Kerajaan kekal-Nya.
Sekaranglah waktunya bagi umat pilihan-Nya untuk bersaksi bagi-Nya dalam apa pun keadaan. Apabila penghujungnya semakin hampir, kita tidak sepatutnya mengasihi nyawa kita sendiri semasa kita berusaha untuk mencapai kerja yang telah Dia amanatkan kepada kita.
Apakah anda ingat perintah Tuhan untuk mengikuti panggilan-Nya dengan memikul salib kita sendiri? (lihat Lukas 9:23). Pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup kita demi melayani harus dianggap sebagai sebuah norma. Jika kita sering memilih untuk menolak atau berhenti melayani Tuhan kerana tidak selesa atau sukar, kita akan terlepas latihan sikap kita untuk melayani sampai mati. Jangan biarkan sesiapapun atau apa pun mematahkan tekad kita untuk tunduk kepada Tuhan dan menyerahkan hidup kita kepada-Nya, jika tidak, kita kehilangan upah yang mulia pada akhirnya. Jika kita bertahan, kita juga akan memerintah bersama Dia. (lihat 2 Timotius 2:12)
DOA HARI INI:
Tuhan Yesus, mampukanlah kami untuk melihat upah yang kekal sehingga kami tidak ragu-ragu untuk memberikan diri kami kepada-Mu semasa kami menghadapi penderitaan ringan yang hanya sekejap. Ajarlah kami untuk memikul salib kami setiap hari semasa kami mengikuti Engkau sehingga kami akan melayani Engkau dengan setia sampai mati di dunia yang penuh dengan pilihan dan godaan ini. Amin.
Berdoalah untuk pusat retret yang terbuka untuk retret dan pertemuan komuniti Kristian. Terima kasih Tuhan atas kemurahan hati dan hospitaliti mereka, dan doakan agar Tuhan menyediakan bagi mereka sehingga mereka dapat terus berfungsi dengan kapasiti penuh untuk memberkati gereja-gereja dan organisasi Kristian pada umumnya.
Berdoalah agar kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, terutamanya di kalangan negeri yang jauh di bawah tahap pembangunan negara secara keseluruhan. Berdoalah agar dana yang mencukupi akan diperuntukkan kepada negeri- negeri ini supaya infrastruktur yang lebih baik dapat dibina untuk mengurangkan halangan pembangunan.
ความคิดเห็น