top of page

Hari 5: Hadapi Penghakiman Tuhan


“Sebab Aku berkata kepadamu: Tidak ada seorangpun dari orang-orang yang telah diundang itu akan menikmati jamuan-Ku.” (Lukas 14:24)


Apakah yang Yesus katakan? Kepada orang yang berjanji untuk datang tetapi gagal melakukannya, yang matanya tertuju pada dunia ini dan bukan syurga, yang mengaku beriman kepada-Nya tetapi tidak benar-benar memilikinya, Dia berkata, “Tidak seorang pun dari mereka ini yang akan merasai perjamuan-Ku.”


Meskipun Yesus berbicara sebagai orang ketiga pada awalnya tentang seorang lelaki yang tidak dikenali yang telah menyediakan perjamuan, ternyata itu adalah jamuan-Nya sendiri. Siapa pun yang mengabaikan undangan-Nya memilih tujuan mereka sendiri—mereka terlepas jamuan itu begitu saja. Begitu pula dengan penghakiman Tuhan ke atas mereka yang menolak Kristus: mereka tidak akan pernah merasakan sukacita syurga. Tidak ada peluang kedua. Orang mungkin tidak mendapatkan peluang lain untuk menerima Kristus sebelum kematian mereka. Ibrani 9:27-28 mengatakannya dengan ringkas, “Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi, demikian

pula Kristus hanya satu kali saja mengorbankan diri-Nya untuk menanggung dosa banyak orang. Sesudah itu Ia akan menyatakan diri-Nya sekali lagi tanpa menanggung dosa untuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka, yang menantikan Dia.”


Bagi mereka yang telah menerima undangan, jamuan itu luar biasa. Kita akan berseronok TETAPI bagaimana dengan mereka yang belum mendapat undangan? Sebahagian besar dunia di sekitar kita hilang. Ada yang telah diundang tetapi menolaknya, sementara yang lain belum mendengar tentangnya. Mari pergi dan beritahu mereka bahawa mereka diundang. Berapa banyak yang telah kita lakukan dan berapa banyak yang harus dilakukan? Tuhan masih secara peribadi, penuh semangat, dan aktif menghulurkan undangan-Nya.

Bagaimanakah dengan kita?



DOA HARI INI:

  • Bapa di syurga, kami berdoa agar kami tidak lelah melakukan kebaikan, dan tidak akan berputus asa atau menyerah untuk berkongsi Injil Kristus, kerana Engkau telah mempercayakan mandat tersebut kepada kami. Dalam nama Yesus, Amin.

  • Berdoalahagarusahapenanamangerejaakandisemarakkan semula dan menjadi semangat dan visi gereja-gereja di Malaysia, terutamanya di kalangan gereja yang mempunyai sumber yang besar, supaya orang-orang di kawasan terpencil akan mendengar Berita Baik tentang Yesus Kristus dan dimuridkan dalam jalan Tuhan.

  • Berdoalah untuk perlindungan Tuhan ke atas kampung- kampung di pesisiran pantai dan kawasan rendah yang lain, agar kedua-dua orang dan harta benda terhindar daripada bencana yang teruk semasa musim tengkujuh dari bulan Oktober hingga Mac. Berdoalah juga agar faktor-faktor yang boleh dikawal, seperti sistem perparitan yang lemah, akan diperbaiki di kawasan bandar.



Comments


bottom of page