top of page

Hari 5: Kemurahan Hati dan Pengorbanan

Renungan Kewangan Keluarga

Ayat Firman: 2 Korintus 9:6-8 (AVB)


“6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. 8 Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan.‭‭”


Renungan:


Paulus mengajarkan tentang prinsip menabur dan menuai dalam konteks memberi. Kemurahan hati menghasilkan berkat melimpah dari Allah.


Aplikasi:


Renungkan tentang sikap menabur dan menuai dalam pengalaman hidup anda sendiri. Kongsi contoh bagaimana memberi dengan pengorbanan menghasilkan berkat yang tak terduga. Pertimbangkan secara praktikal bagaimana keluarga anda dapat mengamalkan kemurahan hati dalam kehidupan seharian.


Doa:


Allah yang penyayang, ajar kami menjadi pemberi yang ceria dan murah hati. Dan sentiasa menyedari bahwa Engkaulah yang memberi kami berkat melimpah sebagai balasannya. Bantu kami menggunakan sumber kami untuk memberkati orang lain dan seterusnya memajukan Kerajaan-Mu. Dalam nama Yesus, Amin.

Comentarios


bottom of page