top of page

5: Yesus Dihakimi Pilatus



Lukas 23:1-25 (AVB)


Yesus di hadapan Pilatus

1 Semua anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Yesus menghadap Pilatus. 2 Mereka mula menuduh Dia, "Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!"

3 Pilatus bertanya kepada Yesus, "Adakah Engkau Raja orang Yahudi?" Yesus menjawab, "Begitulah seperti katamu."

4 Pilatus berkata kepada ketua-ketua imam dan orang ramai itu, "Aku tidak mendapati-Nya bersalah."

5 Tetapi mereka semakin mendesak, "Dia menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak dengan ajaran-Nya. Dia memulakannya di Galilea dan sekarang telah sampai ke tempat ini."


Yesus di hadapan Herodes

6 Setelah Pilatus mendengar hal ini, dia bertanya sama ada Yesus seorang Galilea. 7 Ketika Pilatus mengetahui Yesus berasal dari jajahan pemerintahan Herodes, dia menyuruh supaya Yesus dibawa kepada Herodes kerana pada masa itu Herodes ada di kota Yerusalem. 8 Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. 9 Jadi, Herodes mengemukakan banyak soalan kepada Yesus tetapi Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. 10 Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat tampil ke hadapan dan melemparkan tuduhan terhadap Yesus. 11 Herodes dan askar-askarnya menghina Yesus dan sebagai ejekan mengenakan pakaian indah pada-Nya lalu menghantar-Nya kembali kepada Pilatus. 12 Semenjak hari itu, Herodes dan Pilatus bersahabat; mereka bermusuhan sebelum itu.


Yesus dijatuhi hukuman mati

13 Pilatus memanggil ketua-ketua imam, para pemimpin masyarakat dan orang ramai 14 lalu berkata kepada mereka, "Kamu telah membawa orang ini kepadaku dan mengatakan Dia menyesatkan rakyat. Aku telah menyoal-Nya di hadapanmu dan aku tidak mendapati Dia bersalah atas satu pun tuduhanmu. 15 Herodes pun tidak mendapati Dia bersalah, kerana Dia dihantar kembali kepada kami. Tiada apa-apa yang dilakukan-Nya sehingga Dia patut dijatuhi hukuman mati. 16 Oleh itu, aku akan menyebat-Nya, kemudian membebaskan-Nya." 17 Pada setiap Perayaan Paskah Pilatus akan membebaskan salah seorang tahanan bagi mereka. 18 Tetapi semua orang berteriak, "Bunuh Dia! Bebaskan Barabas bagi kami." 19 (Barabas telah dipenjarakan kerana terlibat dalam satu rusuhan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.)

20 Pilatus hendak membebaskan Yesus. Oleh itu, dia berseru kepada orang ramai sekali lagi. 21 Tetapi orang ramai itu berteriak-teriak lagi, "Salibkan Dia! Salibkan Dia!"

22 Pada kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka: "Apakah kesalahan-Nya? Aku tidak mendapati Dia bersalah sehingga patut dikenakan hukuman mati. Oleh sebab itu, aku akan menyebat-Nya dan kemudian membebaskan-Nya."

23 Tetapi orang ramai itu terus-menerus berteriak dengan kuat supaya Yesus disalib. Akhirnya, mereka berjaya. 24 Pilatus memutuskan supaya tuntutan orang ramai itu dilaksanakan. 25 Dia membebaskan orang yang dikehendaki mereka, orang yang dipenjarakan kerana terlibat dalam rusuhan dan pembunuhan, tetapi Yesus diserahkannya untuk diperlakukan menurut kehendak mereka.




Tahukah anda, ada tiga peristiwa utama yang berlaku semasa paskah.

  • Penghakiman/Perbicaraan Yesus Kristus

  • Kematian Yesus Kristus

  • Kebangkitan Yesus Kristus.


Hari ini, kita tumpukan kepada penghakiman atau perbicaraan Yesus Kristus.


Yesus sebenarnya melalui 6 perbicaraan/penghakiman. Dalam malam pengkhianatan, Yesus dihakimi 6 kali.

  • Yesus dibawa ke hadapan Hanas (bapa mertua Kayafas)

  • Kayafas (Imam Besar)

  • Sanhedrin (Makamah Agung Agama)

  • Pilatus (Gabenor Yerusalem)

  • Herodus (Gabenor Galilea)

  • Pilatus kembali.


Akhir 6 penghakiman dan perbicaraan tersebut, mereka tidak dapat menentukan kesalahan Yesus Kristus.


Jikalau kita mengikut piawaian undang-undang hari ini, adalah tidak mungkin Yesus akan disabitkan di mana-mana makamah, kerana tidak ada bukti kesalahanNya yang boleh dikemukanan.


Maksudnya, mereka tidak mempunyai bukti untuk menyalahkan Yesus. Akhirnya, mereka mensabitkan Yesus atas tuduhan yang Yesus mengaku bahawa Dia adalah Anak Tuhan.


Di dalam bahagian Firman Tuhan Lukas 23:13-24, Pilatus mengatakan bahawa dia tidak mendapati Yesus bersalah, dia mahu melepaskan Yesus. Tetapi orang-orang Yahudi, terutama sekali Sanhedrin, meminta supaya Yesus dihukum. Pada setiap perayaan Paskah, Pilatus akan membebaskan salah seorang tahanan bagi mereka. Semua orang berteriak, bebaskan Barabas dan bunuh Yesus.


Sanhendrin menganggap Yesus sebagai ancaman besar kepada kuasa pemerintahan mereka ke atas orang Yahudi. Yesus mengajar orang ramai bahawa keselamatan adalah melalui anugerah Tuhan dan bukan melalui kepatuhan kepada ajaran yang ditetapkan Sanhedrin.


Mungkin ajaran tersebut akan menjejaskan kepimpinan mereka. Mungkin ajaran tersebut akan melemahkan kuasa pemimpin agama. Mungkin juga ajaran Yesus akan memberikan ancaman kepada wang pencarian mereka.


1 Petrus 1:18-19 (AVB) Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya.



Pada hari paskah, menurut perjanjian lama (Imamat 1:3), persembahan korban bakaran haruslah dipersembahkan dari korban yang tiada celanya.


Yesus adalah korban kita yang tiada cacat celanya (1 Petrus 1:19). Yesus telah melalui 6 perbicaraan dan setiap perbicaraan, mendapati bahawa Yesus adalah tidak bersalah dan berdosa.


Setiap daripada kita, apabila bersemuka dengan Yesus, harus membuat keputusan. Samada dia adalah seorang pembohong, samada dia adalah seorang yang gila (lunatic) atau Tuhan.


Tidak cukup untuk kita menyatakan bahawa Yesus adalah seorang guru yang baik, kerana Yesus menyatakan, Akulah Tuhan dan satu-satunya jalan ke syurga. Orang baik tidak akan mengatakan demikian melainkan dia adalah kebenaran.


Yohanes 12:47 (AVB) Sekiranya seseorang mendengar kata-kata-Ku tetapi tidak mematuhinya, Aku tidak akan menghukumnya. Aku datang bukan untuk menghukum dunia ini tetapi untuk menyelamatkannya.


Renungan

  1. Mengapakah Tuhan membenarkan Yesus dibunuh, walaupun dia tidak bersalah?

  2. Apakah sifat Tuhan yang boleh kita renungkan dan pelajari?

  3. Apakah reaksi kita apabila diperkenalkan dengan Yesus?

  4. Apakah kita percaya kepada Yesus?

  5. Siapakah yang boleh kita kongsikan tentang Yesus?


Doa

Tuhan, hari ini, ialah hari untuk mengingatkan kami bahawa Engkau adalah korban untuk kami. Korban yang sempurna, dan tiada cacat cela. Kami yang berdosa, telah menyebabkan Engkau harus pergi ke kayu salib. Kerana kasih Mu engkau disalibkan. Kerana keadilan Mu, engkau disalibkan. Terima Kasih Tuhan atas anugerah Mu yang begitu besar untuk kami. Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa, Amen.

Elder AWK

コメント


bottom of page