top of page

8: Yesus Disalib



Lukas 23:33-47 (AVB) 33 Setelah mereka sampai ke tempat yang bernama, "Tengkorak," mereka pun menyalib Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. 34 Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka." Mereka membahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi. 35 Orang ramai yang berdiri di situ memandang sahaja sementara para pemimpin masyarakat mengejek-Nya, "Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya sekarang jika Dia sesungguhnya Kristus yang dipilih oleh Allah."

36 Askar-askar juga memperolok-olokkan Yesus. Mereka menghampiri-Nya dan membawa air anggur masam kepada-Nya 37 lalu berkata, "Jika Engkau Raja orang Yahudi, selamatkanlah diri-Mu." 38 Pada sebelah atas kayu salib Yesus tertulis kata-kata: "Inilah Raja orang Yahudi."

39 Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula mencela-Nya. Dia berkata, "Bukankah Engkau Kristus? Selamatkanlah diri-Mu dan kami!" 40 Tetapi seorang penjahat lagi menegurnya, "Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita sama-sama dihukum mati. 41 Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa." 42 Dia berkata kepada Yesus, "Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu." 43 Yesus menjawab, "Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus."


44 Ketika itu kira-kira jam keenam Pukul dua belas tengah hari. hingga jam kesembilan, seluruh negeri itu diselubungi kegelapan, 45 kerana matahari berhenti bersinar. Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua. 46 Yesus berseru dengan kuat, "Ya Bapa, Aku menyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu!" Setelah Yesus berkata demikian, Dia pun menghembus nafas-Nya yang terakhir.

47 Ketua tentera yang menyaksikan apa yang telah terjadi memuji Allah, "Sesungguhnya, orang ini orang yang benar."

48 Orang ramai yang telah berkumpul untuk menyaksikan peristiwa itu, pulang menebah dada mereka. 49 Semua sahabat Yesus, termasuk perempuan-perempuan yang telah mengikut Dia dari Galilea, berdiri dari jauh untuk menyaksikan segala perkara ini.


*Jam ke-6 = 12 tengahari

*Jam ke 9 = 3 petang.


Bayangkan, ketika Yesus disalibkan, betapa ngerinya saat peristiwa ini berlaku. Pancang-pancang yang dipaku di tangan dan kakiNya. Semasa di kayu salib, Yesus menghadapi kesakitan fizikal, mental & emosi dan rohani yang teramat sekali.


Secara fizikal - Dia dipukul, Dia dilukakan, Diseksa, Dia dicambuk dengan 39 sebatan, Dia diletakkan mahkota duri di atas kepalanya, Dia dipaku di atas salib dsb.


Secara mental dan emotional - Dia dihina, Dia ditolak (rejection), Dia dimalukan, Dia mengalami keaiban (disgrace), Dia dikhianati dsb.


Secara spiritual - Dia memikul kesalahan kita, Dia membayar hutang kita di atas salib dengan darahnya, Dia menebus segala dosa manusia di atas salib dsb.


Semuanya ini adalah kerana KASIH. Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka."

Yesus disalibkan bersama dengan dua orang pencuri. Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula mencela-Nya. Tetapi seorang penjahat yang satu lagi berkata kepada Yesus, "Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu." Oleh kerana itu, Yesus menjawab, "Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus."


Ini menggambarkan situasi di dunia yang sekarang ini, ada kumpulan yang mempersendakan pengorbanan Yesus di atas salib dan ada kumpulan yang menerima kasih kurnia Yesus.


Ephesus 2:8-9 (AVB) Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.


Pencuri yang ke dua, menerima kasih kurnia Yesus, walaupun dia layak menerima hukuman. Kita diselamatkan oleh kasih kurnia dan bukan pekerjaan amal kita.


Yang menarik di sini ialah apabila Yesus mengatakan “sudah selasai”. Dan tirai ruang maha suci dibelah dua. Di dalam perjanjian lama, kita tidak dapat menghadap Tuhan. Hanya Imam Besar yang layak – setahun sekali – bertemu dengan Tuhan di ruang maha kudus. Dan sebelum Imam Besar boleh masuk melalui tirai ruang maha kudus, pengorbanan darah harus dilakukan dengan mengorbankan seekor domba.


Di badan Imam Besar itu, akan ada loceng diikat di jumbai dan tali diikat di pinggangnya. Hanya dia sahaja yang layak mewakili umat Israel di ruang maha kudus. Jikalau Tuhan murka dan dia akan mati, Yang lain tidak boleh masuk ramai-ramai untuk mengambilnya keluar. Siapa yang masuk tanpa pengorbanan darah akan mati. Sebab itu, apabila loceng tidak berbunyi dengan lamanya maka mereka akan tahu bahawa dia telah mati dan harus ditarik keluar.


Tetapi, kerana Yesus telah mencurahkan darahnya untuk kita. Yesus telah menjadi korban yang terakhir untuk semua manusia. Sebab itu, Yesus menyatakan - sudah selesai - tetelestai.


Darah Yesus dicurahkan sepenuhnya, dan apabila tembok menikam rusuk Yesus, air yang keluar. Maka pada ketika, apabila Yesus menjerit “Sudah Selesai” and menghembuskan nafasnya yang terakhir, tirai ruang maha kudus terbelah dua. Dari atas sampai ke bawah.


Matius 27:50-54 (AVB) 50 Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir. 51 Sejurus itu tirai Bait Suci terbelah dua dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terpecah; 52 kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang suci dibangkitkan semula; 53 mereka keluar dari kubur dan selepas Yesus dibangkitkan semula, mereka masuk ke kota suci itu dan menampakkan diri kepada sebilangan besar orang di situ. 54 Apabila ketua tentera dan orangnya yang mengawal Yesus melihat gempa bumi serta kejadian-kejadian lain, mereka pun ketakutan lalu berkata, "Benarlah Dia Anak Allah!"


Ibrani 10:19-21 19Jadi, saudara-saudara, oleh darah Yesus kita sekarang penuh keberanian dapat masuk ke dalam tempat kudus, 20 karena Ia telah membuka jalan yang baru dan yang hidup bagi kita melalui tabir, yaitu diri-Nya sendiri, 21 dan kita mempunyai seorang Imam Besar sebagai kepala Rumah Allah


Ini peristiwa penyaliban tidak boleh dinafikan di dalam sejarah

  • Bumi digegar gempa

  • Batu-batu pejal pecah.

  • Kubur terbuka

  • Banyak jenazah suci dibangkitkan .. Dan menampakkan diri mereka ..

Malah ketua tentera yang melihat semua itu, berkata “Benarlah Dia Anak Allah”. Kita diperingatkan hari ini, Yesus telah mengorbankan dirinya untuk kita, supaya, kita akan mendapat hidup kekal.


Renungan

  1. Bayang kita berada di dalam situasi Yesus dipaku dan disalibkan. Apakah perasaan kita? Apakah kita mampu melihat kengerian yang berlaku? Apa akan terjadi dengan emosi kita?

  2. Yesus di atas salib bukanlah kerana orang Yahudi, tetapi adalah kerana kita semua. Anda dan saya. Apakah seharusnya respon kita?

  3. Kepada siapakah yang boleh kita kongsikan cerita ini?

Doa

Tuhan, kami sedar, Engkau harus diseksa dan mati di atas salib adalah kerana dosa kami. Bukan kerana ketua-ketua agama, askar-askar Roma dsb. Semuanya adalah kerana kasih Mu kepada kami yang berdosa. Terima kasih kerana menjadi korban untuk kami. Di dalam nama Yesus Kristus, kami berdoa.Amen.

Elder AWK

Comments


bottom of page