top of page

Hati-Hati Menolak Orang yang Telah Dipilih Tuhan, Sebab Tuhan yang Ditolak


1 Samuel 8:2-7 (BM)

Anaknya yang sulung bernama Yoel dan yang kedua bernama Abia. Kedua-duanya menjadi hakim di Bersyeba. Tetapi mereka tidak mengikuti teladan bapa mereka. Mereka hanya mencari keuntungan diri sendiri; mereka menerima rasuah dan menghakimi rakyat dengan tidak adil. Kemudian semua pemimpin Israel berkumpul lalu menghadap Samuel di Rama. Mereka berkata kepadanya, "Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain." Samuel tidak suka dengan permintaan mereka itu, lalu dia berdoa kepada TUHAN. Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, "Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja."


Pengajaran/Refleksi

  1. Kita harus hati-hati menolak orang yang telah dipilih oleh TUHAN, seperti umat-Nya menolak Raja Samuel. Alasan mereka meminta seorang raja adalah kerana kelakuan anak-anak Samuel tidak seperti ayah mereka. Mereka mementingkan diri sendiri.

  2. Walaupun demikian, TUHAN menyuruh Samuel untuk mengabulkan semua permintaan mereka. TUHAN berfirman kepada Samuel, "Bukan engkau yang ditolak oleh mereka, tetapi Aku, kata TUHAN."


Hati-hati menolak orang yang Tuhan pilih, kerana kita mungkin juga sedang menolak Tuhan.


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya berhati-hati menolak orang yang Engkau pilih, supaya kami tidak menolak Engkau ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page