top of page

Hati Orang Jahat



“…Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat, mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya…” Mazmur 36:2


Pemazmur berkata kepada kita punca atau sebab orang jahat menyangkal Tuhan dan tidak takut akan Tuhan, membanggakan diri, dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci, kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta, tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana, merancang kejahatan ketika berbaring di katil; tiada perbuatan mereka yang baik, tidak pernah menolak apa-apa yang jahat, semuanya berpunca daripada dosa yang bertutur didalam lubuk hati mereka.


Oleh kerana dosa yang terus berkuasa didalam hati mereka, oleh itu kehidupan mereka menjadi jahat. Mereka suka berbuat dosa, berkata-kata dengan perkataan yang penuh kejahatan dan pembohongan dan selalu merancangkan kejahatan terhadap orang lain.


Secara peribadi setiap orang adalah baik, namun yang membuat seseorang itu menjadi jahat, sombong dan pembohong adalah dosa. Apabila seseorang itu membiarkan dirinya dikuasai oleh dosa maka perbuatan, pemikitan dan perkataannya akan menjadi jahat.


Sebab penguasaan dosa akan mendorong seseorang itu menyukai perbuatan cabul, lucah, tidak senonoh; bermusuhan dan berkelahi; cemburu, lekas marah, dan mementingkan diri sendiri, berpecah dan berpihak-pihak, iri hati, suka mabuk, berpesta liar, dan sebagainya.


Namun bagi mereka yang membiarkan Roh Tuhan menguasai diri mereka akan menghasilkan buah-buah berikut ‘…saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri.


Oleh itu janganlah memberi sedikit pun ruang dalam hati kita bagi dosa sebab dosa akan mendorong kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak Tuhan…


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan seluruh hidup saya kepadaMu, memohon bimbingan dan pertolongan daripadaMu, kuasailah saya dengan RohMu agar saya hidup sentiasa menyenangkanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page