Bacaan Alkitab: Yeremia19-28
Gereja sering kali dipengaruhi oleh dunia dan oleh itu telah menjadi serupa dengan dunia. Kehidupan duniawi telah menyelinap masuk ke dalam Gereja. Tidak hairanlah pemuridan pada hari ini tidak berkembang dan mantap. Sebaliknya, dipenuhi dengan hal-hal yang remah. Orang ramai tidak bersedia untuk masa yang sukar.
Kemaraan Babel dirasakan di Filistin dalam Yeremia pasal 21-
28. Semasa tentera semakin hampir, ketakutan yang telah lama dinubuatkan oleh Yeremia mula mencengkam hati penduduk Yehuda. Dia membawa nubuat yang melemahkan semangat kepada semua warga Yerusalem. Mereka yang melarikan diri dari kota dan menyerah diri kepada orang Babel akan hidup. Mereka yang tetap tinggal di dalam kota akan mati (21:8-11).
Dia berdiri di istana raja untuk menyampaikan nubuat tentang kutukan: Tegakkanlah keadilan. Patuhilah perjanjian itu, atau istana akan menjadi runtuhan (22:1-10). Tetapi raja tidak mendengar. Kenapa?
Tuhan tidak berminat hanya menyentuh kehidupan kita. Dia mahu mengubahnya. Hidup secara lahiriah menyebabkan salah faham bahawa kita sudah cukup baik. Penguasa dan rakyat pada zaman Yeremia tidak dapat menjangkakan penghakiman yang akan datang kerana mereka hanya mencari berkat yang berlimpah daripada Tuhan tetapi mengelak penyerahan dengan segenap hati kepada-Nya. Hati seorang pemulih memupuk keinginan yang saleh untuk satu perjalanan batin yang melaluinya mereka mengenal Dia (24:7).
Perhatikanlah jalan kamu.
Keyakinan terletak pada keupayaan untuk melihat, dan ia dilenyapkan dalam orang (terutamanya pemimpin) yang bersikap angkuh dan sombong berkata, “Saya pernah berada di sana dan melakukan itu. Adakah kamu pernah?” Ia adalah satu perangkap pencapaian, rasa tanggapan yang salah. Mereka enggan mendengar orang lain kerana mereka fikir mereka lebih berpengalaman dan banyak pencapaian. Perubahan radikal datang dengan hati untuk mengenal Tuhan. Bacalah firman Tuhan dalam beberapa bab setiap hari.
Doa:
Tuhan Yesus, singkirkan dari kami pergantungan kami pada pengalaman masa lalu kami dan jauhkanlah kami dari keinginan untuk mencari pencapaian untuk dapatkan pengiktirafan dunia. Tetapkan hati kami untuk berkenan kepadaMu sahaja, Tuan kami. Amin.
Rev Looi Kok Kim, NECF
Comentarios