
1 Samuel 26:17-21 (AVB)
17Saul mengenali suara Daud lalu dia berkata, “Adakah itu suaramu, wahai anakku Daud?” Jawab Daud, “Suara hamba, ya Tuanku Raja.” 18Katanya pula, “Mengapakah tuanku mengejar hambanya ini? Apakah yang telah hamba lakukan? Kejahatan apa yang ada di tangan hamba? 19Sekarang, sudilah Tuanku Raja mendengar kata-kata hambanya ini. Jika TUHAN yang menggerakkan tuanku untuk melawan hamba, biarlah Dia menerima suatu persembahan. Tetapi jika itu manusia, terkutuklah mereka di hadapan TUHAN, kerana pada hari ini mereka menghalau hamba dengan berkata, ‘Pergilah, beribadatlah kepada tuhan lain,’ sehingga hamba tidak mendapat bahagian dalam milik pusaka TUHAN. 20Sekarang, jangan biarkan darah hamba tertumpah ke bumi, jauh dari hadirat TUHAN. Sesungguhnya, raja Israel keluar untuk mencari seekor hama sahaja, seperti orang memburu ayam hutan di gunung-gunungan.” 21Kata Saul, “Aku telah berdosa. Kembalilah, wahai anakku Daud. Aku tidak akan berbuat jahat lagi terhadap engkau, kerana pada hari ini nyawaku berharga di matamu. Sesungguhnya, aku telah bertindak bodoh, dan aku telah membuat kesilapan besar.”
Pengajaran/ Refleksi.
1. Daud menyatakan isi hatinya kepada Raja Saul, mengapa raja senantiasa mengejar dia, walaupun dia tidak bersalah terhadapnya. Mengapa Raja Saul mahu membunuh dia yang sehina kutu itu?Mengapa Raja Saul mahu memburu dia seperti orang memburu ayam hutan, kata Daud kepadanya?
2. Daud berkata kepada Raja Saul lagi, sekiranya TUHAN yang menyuruh dia melawan Raja Saul, suatu persembahan korban akan dapat meredakan kemurkaan TUHAN terhadapnya. Tetapi sekiranya manusia yang menyuruh Raja Saul untuk membunuh dia, mereka itu akan di kutuk oleh TUHAN! Tetapi Daud tidak melakukan perkara yang jahat itu kerana dia mentaati Raja Saul sebagai raja yang dipilih TUHAN.
Dalam ayat yang ke-21, Raja Saul tahu bahawa dia bersalah, dan mengaku kesalahannya kepada Daud dan berjanji tidak akan membunuh Daud lagi. Dalam renungan ini, Tuhan mengajar kita supaya kita menghentikan kebencian, dendam dan kepahitan terhadap satu sama lain dalam Tuhan dan bertaubatlah daripada niat yang jahat itu!! Ampuni sesamamu dengan kasih Tuhan Yesus Kristus.
Puji Tuhan dan halleluya!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments