“…Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal....” 1 Timotius 2:9
Paulus memohon agar kaum wanita menghias diri mereka dengan cara yang sederhana dan berpakaian secara yang sopan dan rapi. Demikian juga mereka harus tidak menghiasi rambut mereka secara berlebihan, atau dengan terlalu banyak perhiasan emas, mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. Tetapi mereka harus dikenali oleh karena kebaikan dan keramahan mereka.
Paulus menasihat mereka untuk berbuat sedemikian olh kerana keadaan yang sedang dilalui jemaah Efesus dan Timotius sebagai gembala. Para pengajar sesat telah mengambil peluang tentang ketidaktahuan para jemaah wanita yang di Efesus. Oleh kerana pengajaran mereka maka tindakan para wanita telah menimbulkan batu sandungan dan masalah dikalangan jemaah lalu memimpim kepada kemarahan dan perselisihan.
Dengan itu Paulus perlu bertindak untuk memperingatkan kaum wanita supaya menghias diri mereka dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh, tidak dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. Sebab pada masa ini di Efesus, biasa ciri-ciri ini adalah para pelacur. Hal yang kedua, Paulus ini mengingat kaum wanita wajib untuk belajar kembali dengan “taat”.
Dengan itu marilah kita menghiaskan diri kita dengan perbuatan yang baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.
Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.” Matius 5:16
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu agar saya akan terus berjalan dalam jalanMu, menjadi saksi yang baik dalam setiap langkah hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments