top of page

Hidup Dalam Kerukunan



Bacaan Alkitab : Matius 6:5-15


“Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu”. Matius 6:15


Orang yang tidak boleh mengampuni orang yang bersalah kepadanya ialah orang yang belum benar-benar mengalami pengampunan dari Allah atau dengan erti kata lain, belum bertaubat sungguh-sungguh. Kasih Tuhan mengajar kita untuk mengasihi dan mengampuni, jadi tidak mengampuni orang lain itu bukanlah ciri-ciri hidup orang kristian. Yesus Kristus menerangkan dengan lebih jelas tentang ini di dalam Injil Matius 18:21-35 ketika Petrus bertanya tentang hal mengampuni orang lain. Seorang penghutang yang diampuni oleh raja kerana hutangnya tidak menunjukkan tindakan yang sama kepada kepada seorang rakannya yang berhutang kepadanya. Inilah ibaratnya orang yang tidak mengampuni orang lain yang bersalah kepadanya.Pernyataan kasih Allah pasti akan terpancar di dalam kehidupan orang yang benar-benar percaya kepada Allah.


Bahan Doa

1. Doakan kesatuan dan kerjasama pelayanan di antara ketiga wilayah iaitu SIB Sabah, SIB Semenanjung dan BEM Sarawak supaya kesemua wilayah ini boleh bergerak sebagai satu keluarga besar Allah sebagai gereja peribumi yang terbesar di Malaysia.

2. Kita serahkan dan memohon kepada Allah supaya apapun perancangan masa depan gereja SIB/BEM semua adalah daripada dan ilham Roh Kudus untuk kemuliaan nama Allah di gereja ini.



Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)


Comments


bottom of page