“...Alangkah baiknya dan indahnya apabila umat Allah hidup dengan rukun!..” Mazmur 133:1
Pemazmur menceritakan kepada kita tentang pentingnya kasih persaudaraan (kesatuan) diantara umat Tuhan diutamakan. Dengan itu pemazmur mengajak agar setiap umat Tuhan membina kehidupan yang bersama dalam damai.
Sebab apabila umat Tuhan hidup dalam rukun maka hal itu seperti minyak wangi yang dicurahkan ke atas kepala Harun, mengalir ke janggutnya sampai ke jubahnya, dan seperti hujan segar dari Gunung Hermon jatuh ke atas Gunung Sion. Di sanalah TUHAN telah menjanjikan berkat-Nya, iaitu hidup yang kekal.
Hidup rukum diantara satu yang lain merupakan perkara yang sangat baik dan menyenangkan hati Tuhan. Sebab apabila umat Tuhan mulai hidup dalam kesatuan maka mereka akan menjadi kuat, lalu mengundangkan berkat daripada Tuhan
Oleh itu binalah kesatuan diantara satu yang lain, dengan menolakkan segala perselisihan dan kebencian yang boleh menyebabkan pepecahan diantara umat Tuhan. Sebaliknya marilah kita mengundang Yesus hadir dalam persaudaraan kita.
Seperti pepatah Bahasa “..bersatu kita kuat, bercerai kita akan binasa…” oleh itu binalah kesatuan diantara kita sebagai umat Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan mengajar saya untuk terus meletakkan Engkau dalam segala perkara. Satukan hati kami, singkirkan segala yang boleh memecahkan kesatuan kami, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments