top of page

Hidup Dengan Tulus Hati


“….Tetapi aku hidup dengan tulus hati; kasihanilah dan selamatkanlah aku...…” Mazmur 26:11


Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia akan tetap hidup didalam ketulusan (tulus hati), hal ini bermaksud bahawa pemazmur akan berusaha untuk hidup di jalan kebenaran sebagai pelaku kebenaran Firman Tuhan.


Dengan itu pemazmur memohon kepada Tuhan untuk belas kasihan dan keselamatan bagi hidupnya, sebab pemazmur tahu bahawa hidup ini terdedah kepada berbagai ancaman, godaan dan pengaruh dunia ini, itulah sebabnya dia berusaha untuk hidup dengan tulus hati.


Untuk berjalan didalam ketulusan bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi pemazmur, sebab dia harus menghadapi berbagai tuduhan daripada dunia ini, dengan itu dia memohon kepada Tuhan untuk belas kasihan dan keselamatan bagi dirinya.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah anda berusaha untuk menjalani kehidupan yang tulus dihadapan Tuhan. Sebab menjalani kehidupan yang tulus hati merupakan tuntutan daripada Tuhan daripada setiap kita.


Persoalannya apakah yang menyebabkan anda sukar untuk menjalani kehidupan yang tulus hari ini?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, saya memohon bimbingan daripadaMu agar saya menjalani kehidupan yang benar dan tulus dihadapanMu sepanjang hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page