top of page

Hidup Ini Akan Berakhir



“…Engkau mengakhiri hidup kami, hidup kami seperti mimpi. Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi, yang tumbuh dan berbunga, tetapi layu dan mati pada waktu petang......” Mazmur 90:5-6


Mazmur ini ditulis sewaktu hukuman dijatuhkan ke atas orang Israel di padang gurun karena ketidakpercayaan mereka, dan keluh kesah, dan pemberontakan mereka terhadap Tuhan. Oleh kerana ketidaktaatan mereka kepada perintah Tuhan maka Tuhan mendatanngkan hukuman ke atas mereka.


Mereka telah berada dipadang gurun didalam masa empat puluh tahun, oleh kerana perbuatan mereka yang menyebabkan Tuhan tidak senang. Tuhan memberi amaran kepada mereka bahawa Dia akan meninggalkan mereka, sekiranya mereka tidak bertpobat daripada perbuatan mereka yang jahat.


Dengan itu mereka memohon kepada Tuhan agar menunjukkan kebaikanNya ke atas diri mereka sepertimana yang pernah ditunjukkan-Nya kepada nenek moyang mereka pada masa yang lalu. Sebab berada bersama-sama denganNya akan memberikan ketenangan kepada hidup mereka.


Sebab hidup manusia ini bergantung sepenuhnya pada kuasa Tuhan untuk menerus kehidupan didunia ini. Itulah sebabnya Tuhan memanggil manusia supaya kembali kepada-Nya. Dengan bertobat daripada dosa-dosa mereka dan menjalani hidup baru.


Itulah sebabnya Tuhan berkata kepada manusia supaya “kembali kepadaNya, jangan memberontak”. Hidup manusia sama seperti mimpi atau rumput yang bertunas pada waktu pagi, yang tumbuh dan berbunga, tetapi layu dan mati pada waktu petang.


Hidup manusia didunia ini hanya sementara dan tidak kekal. Oleh itu kita harus menjalani kehidupan ini dengan menyenangkan hati Tuhan, agar apabila kita mengakhiri kehidupan kita didunia ini kita akan pasti bersama-sama dengan Tuhan dan hidup selama-lamanya.


Apakah tindakan anda dengan hidup anda pada hari ini? Hidup didunia ini pasti akan berakhir.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya sepenuhnya kepadaMu, ajar saya untuk mengikut Engaku dan menaati perintahMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page