“…Berjuanglah sungguh-sungguh untuk hidup sebagai orang Kristian yang setia, supaya engkau merebut hadiah hidup sejati dan kekal, kerana untuk hidup itulah Allah memanggil engkau apabila engkau mengaku percaya kepada Kristus di hadapan banyak orang.......” 1 Timotius 6:12
Paulus menasihat Timotius supaya berusaha dengan sekuat-kuat tenaganya untuk memenangi pertandingan yang sedang dia dilalui, agar dia sesungguhnya mengakhiri perlumbaan itu dengan memenangi hadiah yang tersedia iaitu menerima hidup yang selama-lamanya.
Oleh itu Timotius harus menjaga imannya supaya dia dapat merebut hadiah yang tersedia iaitu hidup sejati dan kekal. Sebab hidupnya didunia ini bagaikan sebuah perlumbaan, dengan itu dia harus berjuang dengan sungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan ini. Sebab untuk inilah Allah memanggil dia pada waktu dia mengakui di hadapan banyak orang bahwa dia percaya kepada Kristus.
Bagaimana dengan diri kita, apakah kita selama ini telah menjalani perlumbaan kita dengan baik? Sebab setiap perlumbaan ada penghujungnya dan disetiap penghujung perlumbaan pasti ada hadiah yang tersedia, iaitu hidup yang sejati.
Ingat sebuah ungkapan berkata “…tidak peduli bangaimana kita memulaikan sebuah perlumbaan, yang sangat penting adalah bagaimana kita mengakhiri perlumbaan itu..” sebab keputusan akan diberi setelah kita menghabis sebuah perlumbaan.
Oleh itu berusahalah dengan sekuat-kuat tenaga kita untuk mengakhiri perlumbaan kita dengan baik...
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan daripadaMu untuk mengakhiri perlumbaan saya didunia ini,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments