“…Aku sudah berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan dan aku sudah sampai di garis akhir. Aku tetap setia kepada Kristus sampai akhir...” 2 Timotius 4:7
Paulus berkata kepada kita pada hari ini bahawa dia telah mengikuti perlumbaan dengan sebaik-baiknya, dan dia mengakui bahawa dia sudah mencapai garis akhir dengan baik. Sebab dia tetap setia kepada Tuhan Yesus Kristus sampai akhir hidupnya.
Paulus berkata bahawa dia sudah lama berjuang dalam hidupnya dengan gigih bagi Tuhan Yesus sepanjang perjuangannya. Dia sangat yakin bahawa dia sudah mengakhiri perlumbaannya dengan baik kerana dia tetap setia kepada Tuhan Yesus. Oleh itu, dia mengatakan bahawa sudah tiba waktunya untuk berhenti daripada perjuangannya dan tiba saatnya untuk beristirahat.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah kita sudah mengakhiri perlumbaan kita selama ini dengan baik dan akan mengakhirinya dengan baik? Marilah kita menyelidiki hati kita dan hidup kita.
Hidup ini adalah sebuah perlumbaan yang bererti “…ada permulaan dan ada pengakhiran.” Kita dilahirkan di dunia ini adalah permulaan perlumbaan kita, dan pengakhiran perlumbaan kita adalah saat kita meninggal.
Doa:
Bapa di syurga, saya datang kepada-Mu, memohon agar Tuhan memberikan saya Roh yang setia. Ajar saya untuk berjalan dalam jalan-Mu setiap langkahku. Pakailah hidup saya, Tuhan, untuk memuliakan nama-Mu selama hidup saya. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments