top of page

Hidup Orang Yang Tetap Di Dalam Kristus


“Oleh itu, sesiapa yang tetap di dalam Kristus tidak akan berbuat dosa berterusan. Sesiapa yang terus berbuat dosa belum melihat dan mengenal Dia.” 1 Yohanes 3:6 AVB


Yohanes berkata kepada kita bahawa setiap orang yang tetap di dalam Kristus tidak lagi terus-menerus berbuat dosa. Sebab mereka sudah hidup bersatu dengan Kristus, dan Kristus menguasai hidup mereka. Oleh itu, mereka tidak lagi berbuat dosa berterusan kerana keinginan yang menguasai hati mereka dahulu sudah diubah menjadi keinginan Tuhan sekarang.


Sekiranya mereka terus-menerus berbuat dosa, hal ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya tidak tetap di dalam Kristus. Sebaliknya, mereka tidak sungguh-sungguh mengikut Kristus dan sebenarnya tidak mengenal-Nya. Sebab jika mereka berbuat dosa berterusan, ini menunjukkan mereka tidaklah tetap di dalam Kristus.


Sebagai bukti bahawa seseorang itu benar-benar tetap di dalam Kristus, mereka tidak lagi terus-menerus berbuat dosa. Hal ini sedemikian kerana keinginan dalam hati mereka adalah untuk memuliakan nama Tuhan dan bukan yang sebaliknya.


Tetap di dalam Kristus bererti hidup serupa dengan Kristus, hidup dalam bimbingan-Nya, dan menurut kehendak-Nya.


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan-Mu. Ajarlah aku untuk menjalani segenap hidupku ini menurut kehendak-Mu, agar orang di sekelilingku dapat melihat Engkau. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


bottom of page