top of page

Hidup Tetap Di Dalam Tuhan


“Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah.” 1 Yohanes 4:15 AVB


Ketika seseorang percaya dan mengakui bahawa Yesus ialah Anak Allah, dia bukan hanya menerima-Nya sebagai Penyelamat, tetapi juga menyerahkan seluruh hidupnya dalam ketaatan kepada Tuhan Yesus. Pengakuan ini merupakan pengakuan iman yang membuktikan bahawa kita percaya sama sekali kepada siapa Yesus Kristus sebenarnya, iaitu Anak Allah yang datang ke dunia untuk melaksanakan kehendak Allah dan mendamaikan kita dengan diri-Nya.


Dengan pengakuan iman ini, kita mengalami hidup yang bersatu dengan Tuhan, kerana kita telah membuka hati kita kepada-Nya. Hubungan ini bukan sekadar kepercayaan, tetapi pengakuan hidup yang mengarah pada ketaatan yang nyata. Yesus sebagai Anak Allah satu-satunya jalan untuk datang kepada Allah Bapa, dan kita turut diberi akses untuk hidup bersatu dengan-Nya dalam kasih, hadirat, dan bimbingan-Nya.


Sebagai orang percaya, kita diseru untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita secara peribadi. Ini bukan semata-mata keyakinan, tetapi juga komitmen untuk hidup sesuai dengan kehendak-Nya dan menjalani hidup yang mencerminkan pengakuan iman kita.


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu demi memohon agar Engkau memperkuat imanku untuk terus mengasihi dan mengikut-Mu dengan sepenuh hati. Berilah aku kekuatan untuk hidup bersatu dengan-Mu, meskipun aku menghadapi tentangan hidup. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page