top of page

Hiduplah Berpadanan Pada Kebenaran Tuhan

“…Di dalam rumah yang besar ada bermacam-macam pinggan mangkuk. Ada yang dibuat daripada perak dan emas, ada juga yang dibuat daripada kayu dan tanah. Ada yang digunakan untuk keperluan istimewa, ada juga yang digunakan untuk keperluan biasa...” 2 Timotius 2:20


Paulus menggunakan sebuah gambaran tentang dalam sebuah rumah yang mewah, terdapat bermacam-macam pinggan mangkuk, yang diperbuat daripada berbagai bahan-bahan yang berharga seperti emas dan perak. Terdapat juga yang diperbuat daripada kayu dan tanah liat.


Semuanya dibuat bagi pelbagai tujuan, seperti benda yang diperbuat daripada bahan yang berharga akan digunakan untuk keperluan yang istimewa, manakala yang diperbuat daripada kayu dan tanah liat akan digunakan untuk keperluan sehari-hari yang biasa. Dengan itu, fungsi setiap pinggan mangkuk disesuaikan dengan keberadaannya.


Paulus menggunakan gambaran ini untuk menceritakan tentang keberadaan seorang yang hidup selaras dengan kebenaran Tuhan sehingga dia berkenan di mata-Nya. Kesetiaan mereka terhadap firman Tuhan akan mempersiapkan hati mereka bagi pekerjaan Tuhan. Manakala seorang yang tidak setia terhadap kebenaran firman Tuhan adalah orang yang tidak menghargai Tuhan. Walaupun mereka sangat ingin terlibat dalam pelayanan, mereka ini adalah guru palsu.


Oleh itu, bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita seperti pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bahan yang berharga atau sebaliknya? Marilah kita selidiki hati kita di hadapan Tuhan.


Doa: Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, memohon pengampunan sekiranya saya seorang yang tidak menghargai kebenaran Firman-Mu, ampunilah saya. Tuhan, ajarlah saya untuk menghargai kebenaran Firman setiap hari. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page