top of page

Hormati dan Taatilah Tuhan dan Para Pemimpinmu


Hakim-Hakim 2:16-18 (BM)

Berulang kali TUHAN memberi bangsa Israel pemimpin untuk membebaskan mereka daripada gerombolan perompak. Tetapi orang Israel tidak mempedulikan para pemimpin itu. Mereka tidak setia kepada TUHAN; mereka menyembah tuhan-tuhan lain. Nenek moyang mereka taat kepada perintah TUHAN, tetapi generasi baru itu tidak berbuat demikian. Apabila TUHAN memberi mereka seorang pemimpin, TUHAN menolong pemimpin itu dan menyelamatkan mereka daripada musuh selama pemimpin itu hidup. TUHAN mengasihani mereka apabila mereka mengeluh kerana dianiaya dan ditindas.


Pengajaran/Refleksi

  1. Firman TUHAN hari ini mengajar setiap kita supaya menghormati dan mentaati TUHAN serta para pemimpin jemaat kita yang sentiasa membentuk, mengajar, menegur, dan membimbing kita ke jalan kebenaran. Seperti para pemimpin dalam teks ini, mereka membebaskan umat TUHAN daripada gerombolan perompak.

  2. Janganlah kita seperti umat TUHAN zaman dulu yang tidak mempedulikan para pemimpin mereka dan bahkan tidak setia kepada TUHAN serta menyembah tuhan-tuhan lain.

  3. Keuntungan mereka yang mentaati TUHAN dan para pemimpin mereka adalah: i) Mereka akan diselamatkan daripada musuh selama pemimpin itu masih hidup. ii) TUHAN mengasihani dan mendengarkan doa mereka semasa mereka berseru kepada-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini, supaya kami jemaat-Mu menghormati dan taat kepada-Mu dan para pemimpin rohani kami, supaya kami diberkati dengan janji-janji-Mu. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Kommentare


bottom of page