top of page

Hubungan Yang Kekal Sampai Selamanya


Teks

Rut 1:14-17 (BM)

Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya. Naomi berkata kepadanya, "Lihatlah Rut, birasmu sudah pulang kepada bangsanya dan dewa-dewanya. Pergilah, anakku. Pulanglah seperti birasmu." Tetapi Rut menjawab, "Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga. Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian."


Pengajaran/Refleksi

Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya mengasihi sesama dengan sepenuhnya, seperti Rut mengasihi ibu mertuanya, Naomi. Apa yang dikatakan Rut sangat menyentuh hati. Dia rela bersama ibu mertuanya dalam apa saja keadaan, senang ataupun susah:


  • Jangan suruh saya pulang, tetapi benarkan saya mengikut Mak.

  • Ke mana saja Mak pergi, saya akan ikut bersama.

  • Di mana saja Mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal.

  • Bangsa Mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah Mak, akan saya sembah juga.

  • Di mana saja Mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan.

  • Tidak ada perkara lain dapat memisahkan mereka, kecuali kematian.

  • Mari kita mengasihi sesama sampai selamanya, kecuali kematian yang memisahkan hubungan kita! Hubungan harus didasari dengan kejujuran, keikhlasan, pengorbanan, dan lain-lain.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit, Engkau sembuhkan; yang lemah, dikuatkan; dan yang ada masalah, dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page