top of page

Hubungan Yang Tidak Ada Label Bukan Kehendak Tuhan Untukmu


Inilah sebabnya mengapa hubungan yang tidak berlabel bukanlah kehendak Tuhan untuk anda.


Saya telah mendengar banyak cerita daripada orang yang pernah mengalami situasi yang sama seperti ini. Saya sendiri juga pernah mengalami rasa sakit dan patah hati yang tidak perlu kerana menjalinkan hubungan yang tidak jelas.


Jika anda berada dalam hubungan yang tidak jelas, "hampir" untuk menjadi hubungan, tiada label, kawan dengan manfaat (friend with benefit), semoga ini sampai kepada anda dengan kebenaran dan kasih, pengajaran dan pendidikan yang boleh anda gunakan untuk menyelamatkan hati anda dari terus di hancurkan.


1. Tuhan adalah Tuhan yang jelas. Dia memberi anda arahan, visi, rancangan, dan harapan untuk masa depan anda. Dalam hubungan seperti ini, anda seperti bermain dengan api. Anda tahu anda akan terbakar tetapi anda masih memilihnya. Sayangku, jangan puas hati dengan sesuatu yang kurang atau hanya sekadar okay, tetapi serahkanlah orang itu kepada Tuhan kerana Allah mahukan yang terbaik untukmu.


2. Anda hanya membuang masa, tenaga dan usaha anda. Sekali lagi, anda boleh menyelamatkan hati anda, menjaga dan melindunginya. Apabila kedekatan mendahului komitmen, ketika itulah batasan (boundary) menjadi kabur dan tidak jelas. Tetapkan sempadan dan piawaian untuk diri sendiri. Hargai diri sendiri. Ketahui nilai anda di hadapan Tuhan. Berhenti membiarkan orang memperlakukan anda dengan buruk dan menyalahgunakan kebaikan anda. Anda berharga dalam Kristus, itulah nilai anda! Tidak kira apa masa lalu atau kegagalan anda, anda tidak ditentukan oleh apa yang orang lain lakukan kepada anda.


3. Ia tidak memberikan anda ketenangan fikiran. Anda bimbang dan terlalu banyak berfikir kerana anda tidak mempunyai hak terhadapanya. Sekarang, jika ini mengganggu anda, bercakap dengan orang itu secara langsung dan tentukan sama ada hubungan itu akan berakhir atau jika ia akan berterusan. Berdoalah untuk petunjuk Tuhan agar Dia dimuliakan walau dalam apa jua keadaan sekalipun.


4. Terdapat banyak kompromi. Kerana anda tidak tahu di mana hubungan ini akan berakhir, anda hanya mahukan faedah/manfaat dari individu tersebut, anda melihat orang itu sebagai produk. Cinta itu sabar dan cinta itu baik hati. Cinta yang murni akan membawa anda ke jalan yang benar, bukan dalam dosa dan keaiban. Tetapi jika sudah melampaui batas, mintalah ampun kepada Allah dan saling memaafkan.


5. Ini bukan kehendak Tuhan untuk anda, kerana perkahwinan harus menjadi matlamat dalam hubungan. Jika bukan kerana inginkan perkahwinan, mengapa melayan? Mengapa anda memberi masa dan tenaga anda? Jika hanya untuk keseronokan atau anda berasa sunyi dan takut untuk bersendirian. Ingat ini, anda tidak pernah bersendirian - Tuhan bersama anda. Jangan layan sebuah pembohongan. Anda dalam keadaan yang selamat dan tidak diabaikan.


Akhir sekali, jika anda rasa anda hanya pilihan. Ketahuilah bahawa kamu telah dipilih oleh Allah.


Jemimah Ramos

Comments


bottom of page