“…Hukum-Mu abadi, ya TUHAN, dan Rumah-Mu suci selama-lamanya.......” Mazmur 93:5
Mazmur ini menceritakan tentang kehormatan Kerajaan Tuhan di tengah-tengah umat manusia, demi kemuliaan-Nya, kengerian bagi musuh-musuh-Nya, dan penghiburan bagi semua hamba yang dikasihi-Nya.
Mazmur ini juga menyentuh tentang kerajaan pemeliharaan Tuhan, yang melalui diriNya, Dia menopang dan mengatur dunia ini, terutamanya tentang kerajaan anugerah-Nya, yang melalui diriNya, Dia melindungi umat-Nya, mengudus dan memelihara umat-Nya.
Oleh itu didalam ayat 5 pemazmur berkata kepada kita bahawa “..Hukum Tuhan itu abdi..” yang beri maksud kepada kita bahawa “..Ketetapan-ketetapan Tuhan itu tidak dapat diubah atau perintah-perintah Tuhan itu sangat teguh..”
Oleh kerana ketetapan-ketetapan Tuhan itu tidak dapat diubah atau sangat teguh maka iman dan pengharapan orang yang percaya didalam Perjanjian Lama dibangunkan. Sebab didalam ketetapan-ketetapan Tuhan terungkap kesetiaan Tuhan pada janji-janjiNya bagi umatNya.
Dengan itu, kita harus berpegang teguh pada ketetapan-ketetapan Tuhan yang tidak dapat diubah. Sebab dalamnya terungkap segala dasar kebenaran peraturan Tuhan bagi kehidupan kita. Oleh itu marilah kita membina kehidupan rohani kita pada ketetapan-ketetapan Tuhan selama kita hidup didunia ini.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan berterima kasih kepadaMu atas kebenaran peraturanMu bagi kehidupan saya. Ajar saya untuk berpegang kuat pada kebenaranMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments