top of page

Ibu, Itulah Anakmu


Apabila Yesus melihat ibu-Nya dan murid-Nya yang dikasihi berdiri di situ, Dia pun berkata kepada ibu-Nya, “Lihat, itulah anakmu.” Yohanes 19:26 (AVB) Betapa besarnya penghiburan bagi seorang ibu yang bakal kehilangan anaknya. Mesej yang luar biasa bagi mereka yang kehilangan seseorang dan berkabung. Mesej yang luar biasa bagi mereka yang sedang menderita kesakitan dan luka dan cemas. Yesus di atas salib memandang ke bawah pada Maria ibu-Nya, sudah tentu dengan perasaan kekhuatiran biasa sebagai seorang anak yang akan mati dan meninggalkan ibu-Nya. Namun pada saat-saat terakhir dalam penderitaan, Dia memperhatikan ibu-Nya.


Betapa besarnya penghiburan ini bagi kita? Tidakkah Dia pedulikan kita? Tidakkah Dia mengasihi dan mencukupkan keperluan kita? “Ibu, itulah anakmu.” Dia tidak membiarkan ibu-Nya sendirian tetapi menyerahkan ibu-Nya kepada jagaan murid yang dikasihi-Nya. Saudara-saudari, adakah kamu sedang lalui detik kedukaan? Kamu takut bahawa tidak ada masa depan bagi dirimu? Tiada duit untuk mencukupkan keperluan keluargamu? Tidak ada orang lagi yang mengasihi dan memperhatikan kamu?


Tolong kuatkan hatimu…. Juruselamat di salib mengasihani ibu-Nya; Dia akan mengasihani kita. Dia akan memastikan kita dijaga. Dia akan memastikan ada seorang kawan waktu kita memerlukan kawan. Dia akan memberi makanan bagi burung-burung di udara, Dia akan memberi makan untuk kamu. Adakah adanya seorang ahli keluarga dalam Kristus yang sedang melalui Lembah kekelaman? Yesus menjanjikan, dengan nyawa-Nya sendiri, untuk membawa orang itu ke dalam kemuliaan.


“Ibu, itulah anakmu.” Kata-kata penghiburan bagi kita. Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

Comments


bottom of page