“….Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN, hai umat-Nya yang setia! Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci dan bersyukurlah kepada-Nya!.…” Mazmur 30:5
Mazmur ini menceritakan pengalaman pemazmur yang telah bertobat dengan sangat segera daripada dosanya, oleh kerana pertobatannya maka dia menerima pengampunan dan pemulihan dari Allah dengan segera. Pertobatan yang sejati akan mengundang pemulihan secara peribadi lalu membuahkan puji-pujian kepada Tuhan.
Dengan itu pemazmur mengajak semua umat Tuhan yang setia, supaya bergabung dengan dirinya untuk memuji nama Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang telah Tuhan lakukan bagi hidup mereka,
Melalui pengalaman yang pemazmur telah alami dalam hidupnya melalui pertobatannya maka dia dengan terus menerus memuji-muji Tuhan, sebab Dia Tuhan yang layak menerima segala pujian dan syukurnya. Sikap yang terus memuji Tuhan akan menyebabkan kita akan akrab denagn diriNya.
Oleh itu, bersyukurlah sentiasa kepada Tuhan dengan mengingatkan apa yang telah Dia lakukan didalam hidup kita. Dengan sikap yang sentiasa memuji Tuhan akan menyebabkan kita melihat Tuhan adalah yang terbesar didalam hidup kita.
Ingat, semakin kita mengingat apa yang Tuhan telah lakukan didalam hidup kita semakin kita akan bersyukur kepada Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepadaMu atas segala yang Engkau telah lakukan didalam hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Комментарии