Semasa saya masih kecil, membesar dalam keluarga Kristian, saya sudah biasa menghadiri sekolah Minggu, mendengar khutbah dan perkongsian firman setiap hujung minggu. Jadi semasa saya kecil, saya fikir kematangan rohani kelihatan seperti ini;
Dulu saya berfikir bahawa kita hanya boleh menjadi orang yang rohani jika kita boleh berkhutbah di hadapan jemaat.
Saya pernah berfikir bahawa kita hanya boleh menjadi seorang Kristian yang matang jika kita mengangkat tangan sambil menyanyikan lagu pujian dan penyembahan—dan menangis atau berlutut, kerana semua orang melakukannya.
Dulu saya menganggap kita seorang yang kuat imannya jika kita memiliki pengikut & murid yang ramai.
Saya pernah berfikir bahawa jika kita mempunyai kehadiran yang sempurna dalam pelajaran Alkitab mingguan, maka kita adalah seorang Kristian yang matang.
Saya pernah berfikir bahawa kita mempuyai pengetahuan alkitabiah yang baik jika kita menyiarkan banyak ayat alkitab dan petikan Kristian dalam timeline Facebook.
Jadi saya berkata kepada diri sendiri, satu hari nanti, saya mahu menjadi orang Kristian seperti itu. Walaupun, semua itu boleh menjadi contoh yang baik, tetapi berkhidmat kepada Tuhan tanpa perhubungan adalah sama seperti menyelesaikan senarai tugasan.
Semasa saya mengenali Tuhan secara peribadi, bukan dari segi sosial, bukan kerana apa yang ibu bapa saya katakan, bukan kerana apa yang dikatakan oleh pengkhotbah, bukan kerana petikan nukilan daripada influencer terkenal, dan bukan hanya kerana lirik dalam lagu-lagu rohani. Semasa saya mencari Dia, menjadi seorang Kristian yang matang secara rohani bukan kerana apa yang anda boleh berikan untuk Dia, ia tentang memahami apa yang Dia lakukan untuk anda—di kayu salib.
Jatuh cinta dengan Yesus adalah mudah, ia boleh digembar-gemburkan oleh perasaan anda, rakan gereja, atau dalam sesi retreat. Tetapi untuk tetap mencintai Yesus, memerlukan PENGORBANAN HARIAN.
Untuk menjadi seorang Kristian yang matang secara rohani, ia seperti pokok yang berakar dalam.
Pokok yang berakar, walaupun menghadapi taufan, banjir dan hurikan, ia akan kekal di tanah. Seorang Kristian yang matang yang menghadapi ujian, godaan, kekecewaan, dan juga kegagalan, ia akan berdiri teguh di atas tanahnya. Kerana pokok itu berakar. Sesetengah orang Kristian boleh datang dan pergi. Sesetengah orang Kristian hanya bersedia mengikut apabila ianya mudah. Sesetengah orang Kristian boleh bertugas di hadapan mimbar, namun Yesus berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu memanggil Aku, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?.." (Lukas 6:46)
Mengorbankan kehendak sendiri walaupun ia sukar.
Patuh walaupun tidak masuk akal.
Menyayangi dan memaafkan walaupun telah disakiti.
Berlutut di dalam doa, menangis dan menyembah.
Kerana itulah yang Yesus lakukan.
Diberkatilah orang
yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan,
dan merenung hukum-Nya siang dan malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.
Mazmur 1:1-3
Jemimah Ramos
Comments