top of page

Jadilah Generasi Penerus yang Percaya, Walaupun Tidak Melihat Mujizat Tuhan

Hakim-Hakim 2:6-7, 10 (BM)

Selepas Yosua menyuruh umat Israel pergi, mereka pun berangkat ke tanah bahagian mereka masing-masing untuk mendudukinya. Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal, umat Israel tetap mengabdi kepada TUHAN selama mereka dipimpin oleh para pemimpin Israel yang telah menyaksikan perbuatan besar TUHAN untuk umat Israel. Kemudian semua orang Israel daripada generasi itu meninggal. Generasi yang baru tidak mengenal TUHAN kerana mereka tidak mengalami apa yang telah dilakukan oleh TUHAN untuk Israel.


Pengajaran/Refleksi

  1. Sekiranya orang tua saudara yang pernah mengalami kasih Tuhan dan pernah melihat mujizat atau kebangunan rohani dalam kehidupan mereka telah dipanggil Tuhan ke pangkuan-Nya, hari ini Tuhan memperingatkan kita supaya jangan meninggalkan Tuhan Yesus dalam kehidupan kita.

  2. Ingatlah akan sejarah yang pernah terjadi dengan mereka (orang tua atau nenek moyang kita), baik itu mujizat atau kebangunan rohani, dan tetaplah percaya serta berharap kepada Tuhan yang mereka sembah dan percayakan.


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini, supaya kami sentiasa memperingati sejarah dalam hidup kami. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comentários


bottom of page