top of page

Jadilah Pelaku Firman Tuhan


'Aku akan menunjukkan kepadamu keadaan orang yang datang kepada-Ku dan mendengar serta menurut kata-kata-Ku. Dia umpama seorang yang membina rumah. Dia menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah itu di atas batu. Apabila banjir berlaku, arus dari sungai akan melanda rumah itu tetapi tidak dapat menggoncangkannya kerana rumah itu didirikan dengan kukuh. ' (Lukas 6:47-48) AVB


Seseorang yang membina asas rumahnya di atas batu melambangkan orang yang telah mendengar ajaran Tuhan Yesus dan seterusnya melaksanakan segala perkara yang diperintahkan oleh-Nya.


Oleh kerana dia telah “mendengar dan melakukan” segala yang diperintahkan oleh Tuhan Yesus, maka apabila ribut atau ombak kehidupan melanda hidupnya, dia akan tetap teguh dan tidak goyah, kerana asas kehidupannya dibina dengan kukuh.


Untuk menjadi seorang pelaku Firman Tuhan, segalanya harus bermula daripada diri kita sendiri. Kita perlu membuat keputusan untuk bertindak—Tuhan tidak memaksa kita untuk melakukan apa yang diperintahkan-Nya. Namun, tanggungjawab itu terletak pada kita sendiri untuk bertindak atas kehendak hati yang rela.


Dalam Tuhan, tidak ada paksaan. Tetapi Tuhan telah menunjukkan jalan yang benar untuk kita ikuti dan lakukan, agar hidup kita menjadi kuat dan teguh apabila badai kehidupan datang menggoncang.


Oleh itu, jadilah pelaku Firman Tuhan sepanjang hidup kita di dunia ini, kerana melaksanakan Firman Tuhan dalam kehidupan akan membantu kita mengatasi segala tipu daya iblis.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon agar Engkau mengajarku untuk menjadi pelaku Firman-Mu sepanjang hidupku. Berilah aku hati yang sentiasa rindu dan haus akan kebenaran-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page