“...Dengan berkata demikian, adakah aku mengharapkan sokongan manusia? Tentu tidak! Aku hanya menghendaki Allah mengatakan bahawa apa yang aku lakukan itu benar. Adakah aku berusaha untuk mengambil hati orang? Jika aku masih berbuat demikian, aku bukanlah hamba Kristus..” Galatia 1:10
Didalam surat Paulus kepada jemaah di Galatia ini, dia dengan secara langsung terus memusatkan tulisan kepada permasalahan yang sedang dihadapi oleh jemaah Galatia. Dimana Jemaah Galatia telah dengan cepatnya mengikuti injil lain dan berbalik dari Bapa, yang telah memanggil mereka melalui Kristus (Gal 1:6). Walaupun mereka baru sahaja menerima pengajaran yang benar, namun mereka dengan begitu mudah menyimpang kepada ajaran sesat.
Oleh itu Paulus dengan tegas menegur Jemaah yang ada di Galatia tentang kesalahan yang mereka telah lakukan, sebab dia tidak mahu berdiam diri terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Itulah sebab Paulus berkata “…adakah aku mengharapkan sokongan manusia? Tentu tidak! Aku hanya menghendaki Allah mengatakan bahawa apa yang aku lakukan itu benar. Adakah aku berusaha untuk mengambil hati orang? Jika aku masih berbuat demikian, aku bukanlah hamba Kristus..”
Dengan itu sekiranya kita melihat jemaah kita yang baru percaya telah menyimpang daripada kebenaran kepada ajaran yang salah, maka kita haruslah dengan lemah lembut dan bertanggungjawa berusaha menolong mereka untuk kembali kepada ajaran benar, agar mereka akan bertumbuh didalam iman dan kebenaran. Jangan takut untuk memberi pembetulan dan teguran kepada orang.
Telinga yang memperhatikan teguran yang membawa pada kehidupan, akan tinggal di antara orang berhikmat. Ams 15:31
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon hikmat dan keberanian dalam memberi teguran dan pengajaran kepada mereka yang saya tahu telah melakukan hal yang tidak baik, tolong saya Tuhan dan ajar saya untuk menjadi pembimbing yang baik. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Comments