“….Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah, dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau....…” Mazmur 26:6
Pemazmur berkata bahawa dia mencuci tangannya sebagai tanda bahawa dia tidak bersalah, sehingga dia dapat mengelilingi mezbah Tuhan, sambil menyanyikan lagu pengucapan syukur dan menceritakan mujizat-mujizat Tuhan.
Pemazmur bukan sahaja Dia menjauhi dirinya daripada perkumpulan para pendosa, tetapi dia juga menjaga dirinya daripada segala dosa dan mempertahankan kesucian hatinya supaya dia tetap bersih daripada pencemaran dosa.
Pemazmur melakukan segala perkara ini dengan berhati-hati menjaga dirinya tetap nurani daripada segala perbuatan jahat yang dapat mencemar dirinya supaya dia tidak terhalang untuk mendekat kepada Allah
Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, kita pertama-tama harus menguji diri kita secara peribadi dahulu, sebelum kita melakukan sesuatu. Sebab kesucian hati akan menyebabkan kita layak mausuk ke dalam hadiratNya dan bersekutu denganNya.
Bagaimanakah dengan diri anda saat ini? Apakah anda menjaga hati anda tetap murni dan suci.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon penyucian dan pengampunan daripadaMu sekiranya saya berdosa dan melanggarkan perintahMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments