AMSAL 4:23 (TB) “ JAGALAH HATIMU DENGAN SEGALA KEWASPADAAN, KARENA DARI SITULAH TERPANCAR KEHIDUPAN.”
Hati boleh diibaratkan sebagai sumber mata air.
Seandainya mata air itu tercemar atau kotor,
maka ia akan mempengaruhi keseluruhan air sungai tersebut.
Maka, adalah penting bagi kita untuk menjaga hati kita dengan waspada kerana keadaan hati kita akan mempengaruhi kehidupan kita,
Bagaimana hati kita, begitulah kehidupan kita.
Kata “menjaga” boleh di sama ertikan dengan memelihara, mengawal dan mengawasi. Manakala kata “hati” juga merujuk kepada pemikiran kita, kalau kita rujuk dalam terjemahan Alkitab Berita Baik. Sangat penting bagi kita untuk menjaga hati dan pemikiran kita kerana ia akan mempengaruhi kehidupan kita.
Pertama, memelihara hati dan fikiran kita iaitu seperti kita memelihara peliharaan kesayangan kita, yang kita beri makanan-makanan yang sihat supaya ia bertumbuh dengan sihat. Demikian halnya dengan hati dan fikiran kita yang kita beri makan dengan Firman Tuhan supaya kita tumbuh sesuai dengan Firman Tuhan.
Kedua mengawal, kita juga harus mengawal keinginan hati dan fikiran kita. Kemampuan untuk mengawal keinginan hati dan fikiran kita adalah merupakan penguasaan diri, dan penguasaan diri adalah merupakan salah satu yang rasul Paulus tekankan dalam surat-suratnya.
Ketiga adalah mengawasi apa yang kita masuk dalam hati kita dan fikiran kita. Seperti contoh, fikiran-fikiran dan perasaan yang negatif tentang diri kita, yang membuatkan kita lemah, tertekan, kecewa, dan ada rasa insecure terhadap diri kita sendiri. Keadaan ini akan mempengaruhi kesihatan mental kita.
Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga hati dan fikiran kita kerana kedua hal ini akan memberikan pengaruh kepada keseluruhan kehidupan kita. Jika hati dan fikiran kita hanya diisi hal-hal yang tidak sihat, maka ianya akan mempengaruhi keadaan mental kita. Namun bila hati dan fikiran kita diisi dengan Tuhan Yesus, maka kita akan dimerdekakan, kerana dalam Tuhan Yesus, Ia menjanjikan penyertaan-Nya dalam kehidupan kita.
Saudara-saudari, jagalah hati dan fikiranmu, kerana “Hati yang benar akan membawa kepada fikiran yang sihat dan fikiran yang sihat akan menjadikan kehidupan yang bersinar”.
Tuhan Memberkati.
Pr Elvis Lawai Joseph
Comments