top of page

Jalan yang Menuju Kehidupan


“...Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku…. Maz 16:11


Pemazmur berkata bahawa “...Tuhan menunjukkan kepadanya jalan yang menuju kepada kehidupan dan mengajar kepadanya cara hidup yang benar. Manakala didalam hadirat-Nya dia mengalami kepenuhan sukacita dan kegembiraan.


“....Memilih Tuhan bererti memilih jalan kepada kehidupan, demikian juga halnya dengan memilih jalan dunia ini bererti memilih jalan kebinasaan...”


Demikian juga halnya dengan kepenuhan sukacita dan kegembiraan bagi hidup kita pada hari ini, yang hanya kita dapat nikmati di hadirat Tuhan. Oleh itu untuk menikmati sukacita dan kegembiraan ini kita perlu sentiasa berada di hadirat-Nya.


Walaupun Tuhan menunjukkan kepada kita jalan yang menuju kepada kehidupan tetapi terserah kepada diri kita untuk membuat pilihan. Sebab Tuhan tidak memaksa diri kita untuk memilih jalanNya.


Tuhan tahu bahawa jalan yang ditawar dunia ini akan memimpin kita kepada kebinasaan dan kehancuran tetapi Tuhan tidak memaksa kita untuk memilih jalanNya. Sebab pilihan terletak pada diri kita sendiri.


Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya jalan yang menuju kepada kehidupan dan tempat saya dapat menikmati sukacita dan kegembiraan yang kekal, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr. Patrick Taie

Comments


bottom of page