top of page

Jalanilah Kehidupan yang Menyenangkan Hati Tuhan


“...TUHAN berkenan kepada umat-Nya; Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya. Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang, dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam...” Mazmur 149:4-5


Pemazmur berkata kepada kita tentang peribadi orang yang hidup “menyenangkan hati Tuhan”, mereka adalah orang yang bergantung sepenuhnya kepada Tuhan. Oleh kerana mereka hidup menyenangkan hati Tuhan maka Tuhan memberikan mereka kemenangan dan penyelamatan. Oleh itu mereka harus bersukacita dan bernyanyi dengan hati yang gembira sepanjang malam kerana Tuhan memberi kemenangan kepada mereka.


Dengan itu marilah kita menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan sepanjang hidup kita didunia ini, dengan bergantung sepenuhnya pada-Nya. Sebab hati Tuhan berkenaan kepada mereka yang hidup menyenangkan hati-Nya dan Dia akan memberikan mereka kemenangan dan penyelamatan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya sebuah hati yang sentiasa merendahkan diri, agar saya terus menjalani kehidupan yang menyenangkan hatiMu selama saya hidup. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

1 Kommentar


Terpujilah Kristus

Gefällt mir
bottom of page