top of page

Jangan Berbuat Jahat Dan Tamak, Sebab Tuhan Telah Memberikan Segalanya Kepada Kita



1 Samuel 30:22-24 (AVB)

     Akan tetapi, semua orang jahat dan dursila dalam kalangan yang pergi bersama-sama Daud berkata, “Kerana mereka tidak pergi bersama kita, kita tidak akan memberikan kepada mereka sesuatu apa pun daripada rampasan yang kita rebut kembali. Mereka hanya boleh membawa isteri dan anak masing-masing, lalu pergi.” Tetapi Daud berkata, “Saudara-saudaraku, jangan berbuat begitu terhadap apa yang dikurniakan TUHAN kepada kita. Dia telah melindungi kita dan menyerahkan ke dalam tangan kita gerombolan yang datang menyerang kita. Siapakah yang akan mendengar kamu dalam hal ini? Sebagaimana bahagian orang yang pergi berperang, demikian pulalah bahagian orang yang tinggal menjaga barang-barang kita. Mereka harus memperoleh bahagian yang sama.”


Pengajaran/ Refleksi.

1. Daud melarang anak buahnya untuk berbuat jahat dan tamak terhadap barang jarahan yang mereka perolehi daripada orang Amelek.

2. Daud berkata kepada mereka, Hai saudara-saudara, janganlah berbuat jahat dan tamak dengan apa yang sudah diberikan TUHAN kepada kita dan memberi kemenangan terhadap gerombolan perompak. Mereka yang tidak iku berperang pun mendapat bahagian yang sama, sebab mereka tinggal untuk menjaga barang-barang mereka.


Tuhan berikan kami hati yang baik dan murah hati terhadap satu sama lain. Jauhkan kami daripada yang jahat dan ketamakkan. Terima kasih Bapa yang baik, berkatilah kami sesuai kehendak-Mu.

Halleluya dan amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page