“…Janganlah berpaling daripadaku ketika aku dalam kesusahan. Dengarlah apabila aku berseru, dan jawablah permintaanku dengan segera...” Mazmur 102:3
Mazmur ini menceritakan tentang doa seorang yang sedang melalui keadaan yang sangat sulit dan menderita didalam hidupnya. Oleh kerana penderitaan dan kesulitan yang dia lalui sangat berat dipikul olehnya maka pemazmur berteriak kepada Tuhan untuk memohon pertolongan.
Pemzmur berdoa kepada Tuhan dengan memohon agar Tuhan tidak akan meninggalkan dirinya sewaktu dia sedang menghadapi kesulitan dan penderitaan yang berat didalam hidupnya. Dia tahu tanpa Tuhan dirinya akan menderita lebih lagi oleh itu pemazmur mahu agar Tuhan mendengar dan menjawab dia dengan segera apabila dia berteriak minta tolong.
Sebab pada saat ini pemazmur sedang melalui penderitaan-penderitaan yang sangat berat dalam hidupnya, hal ini mendorong dirinya untuk datang menghadap Tuhan didalam doanya, untuk menghibur dirinya, sebab hanya didalam Tuhan hatinya akan merasa tenang dan damai.
Dengan itu pemazmur memohon kepada Tuhan agar tidak akan berpaling daripada dirinya ketika dia dalam dan melalui kesusahan yang sangat berat. Dia mempohon agar Tuhan mendengar apabila dia berseru kepadanya dan menjawab permintaannya dengan segera. Sebab pemazmur tahu dan sedar bahawa Tuhan sahaja yang dapat menolongnya dan melepaskan dirinya daripada penderitaannya.
Oleh itu pemazmur memohon Tuhan tidak meninggalkan dirinya, bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita datang mencari Tuhan sewaktu kita sedang melalui keadaan yang sangat sulit didalam hidup kita. Apakah kita berseru kepadaNya sahaja.
Ingat hanya didalam Tuhan hidup kita tenang dan aman, oleh itu hiduplah akrab dan dekat dengan Tuhan selama kita masih hidup didunia ini. “…Aku dapat menghadapi semua itu melalui Kristus sebab Dia memberikan kekuatan kepadaku… Filipi 4:13
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya kepadaMu, saya tahu bahawa hanya didalamMu hidup saya aman dan tenang, oleh itu ajar saya untuk terus bergantung padaMu,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments