Amsal 3:5-6 "Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah Dia dalam segala jalanmu,
maka Dia akan meluruskan jalanmu."
Pada zaman Internet ini, manusia mempunyai akses kepada banyak pengetahuan dan maklumat. Pemuda pemudi dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun banyak
bergantung kepada "handphone", laptop dan Internet untuk menguruskan kehidupan mereka. Hal ini tidak semestinya tidak baik. Ada banyak kebaikkan yang
diperolehi dalam zaman Internet ini. Tetapi kita boleh menjadi terlampau dan hanya bergantung kepada internet iaitu "Google".
"Google" mengetahui banyak perkara dan kita semua beruntung kerana adanya Internet. Tetapi, ada satu peribadi yang tahu lebih banyak daripada Google. Peribadi itu ialah Allah. Allah ialah MahaTahu. Lebih dari itu Allah ialah Allah yang baik. Google ialah benda yang amoral. Oleh kerana Allah MahaTahu dan baik, kita boleh percaya kepada dia dengan sepenuh hati. Allah tidak akan menyesatkan kita, Allah tidak akan menipu kita. Allah lakukan semua hal untuk kebaikkan kita. (Termasuk waktu dia mendisiplinkan kita)
“...janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.” Pengertian kita terhad.
Pengertian kawan kita yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang juga terhad. Pengertian yang kita dapat dari Google pun terhad. Hanya Allah yang mengetahui semua. Jadi nasihat ini adalah nasihat yang sangat baik. Kalau kita
bersandar kepada pergertian sendiri, mungkin kita akan gagal atau silap. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada tahun-tahun yang akan datang. Tetapi Tuhan mengetahuinya. Ada banyak perkara yang diluar kawalan kita, tetapi semua perkara dalam dunia ini didalam kawalan Allah. Dia yang tentukan apa akan berlaku. Dia yang tentukan siapa menang PRU15, Dia yang tentukan Bayern Munich menang atau kalah.
Amsal 3:6 "Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.”
Kalau kita melupakan Tuhan dalam rancangan kita, kita boleh melupakan faktor moral. Faktor moral ini penting kerana faktor inilah yang mencegah dosa. Macam mana tentukan rencana kita tiada dosa dan tidak menyakiti orang lain? Satu cara sahaja – percaya Tuhan, meletakkan Tuhan sebagai faktor utama dalam rencana kita. Dan jalan kita akan lurus.
Doa: O Tuhan pimpinlah kami dalam segala fikiran dan rencana kami. Beri petunjuk supaya jalan kami lurus dan mendatangkan faedah kepada orang ramai. Dan waktu kami berjaya, nama Tuhan dimuliakan. Dalam nama Tuhan Yesus kami berdoa.
Comments