top of page

Jangan Biarkan Satu Suku Kita Pun Pupus


Teks

Hakim-Hakim 21:9-11, 14-15, 17, 21 (BM)

Ketika diperiksa daftar kehadiran, maka didapati bahawa tiada seorang pun dari Yabes yang hadir. Oleh sebab itu, orang yang berkumpul di Betel itu mengirim 12,000 orang yang paling berani ke Yabes, dengan perintah, "Bunuhlah setiap orang di Yabes, termasuk kaum wanita dan kanak-kanak. Bunuhlah semua kaum lelaki dan setiap perempuan yang bukan dara." Dengan itu suku Benyamin pun kembali, lalu umat Israel memberi mereka anak-anak dara dari Yabes yang tidak dibunuh untuk menjadi isteri mereka. Tetapi bilangannya tidak cukup. Umat Israel kasihan terhadap suku Benyamin kerana TUHAN telah meretakkan kesatuan suku-suku Israel. Jangan sampai Israel kehilangan satu pun daripada dua belas sukunya. Kita mesti mencari jalan supaya suku Benyamin dapat mempunyai keturunan dan tetap mewarisi seluruh tanahnya; dan tunggulah di sana. Apabila anak-anak gadis Silo datang untuk menari pada perayaan itu, keluarlah dari ladang-ladang anggur itu, lalu masing-masing mengambil gadis-gadis itu secara paksa. Jadikanlah mereka isteri kamu dan bawalah mereka pulang ke wilayah Benyamin.


Pengajaran/Refleksi

1. Suku Benyamin hampir menjadi pupus kerana perbuatan beberapa orang sahaja yang mahu membunuh orang Lewi di Gibea, sehingga hampir semua mereka dibunuh oleh umat Tuhan.

2. Untuk membangkitkan mereka sekali lagi, gadis-gadis dari Yabes diberikan menjadi isteri orang suku Benyamin.


Dua perkara yang kita pelajari di sini adalah:

1. Jangan cuba melawan umat pilihan Tuhan, sebab pasti Tuhan akan membalas segala perbuatan kita.

2. Jangan leka dengan suku ataupun ahli keluarga, sehingga mereka pupus daripada masyarakat kita pada hari ini. Bagi yang masih bujang, jangan menikah dengan suku yang tidak seiman tetapi menikahlah dengan orang yang seiman dalam Tuhan Yesus Kristus.


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani dan berlatih juga suku bangsa kami supaya tidak pupus berada di bumi ini. Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page