Teks
Hakim-Hakim 12:1-2, 6 (BM)
Pada masa itu, suku Efraim bersedia untuk berperang. Mereka menyeberangi Sungai Yordan dan menuju ke Zafon. Mereka berkata kepada Yefta, "Mengapa kamu berperang dengan orang Amon tanpa mengajak kami? Sekarang kami akan membakar kamu bersama-sama seisi rumahmu!" Yefta berkata, "Aku dan rakyatku bersengketa dengan orang Amon. Aku memanggil kamu, tetapi kamu tidak datang untuk membantu aku membebaskan diri daripada orang Amon." Mereka menyuruh dia mengucapkan kata, "Syibolet." Tetapi orang itu akan berkata, "Sibolet" kerana dia tidak dapat mengucapkannya dengan tepat. Kemudian mereka akan menangkap dan membunuh dia di tempat penyeberangan sungai itu. Ketika itu, sebanyak 42,000 orang Efraim terbunuh.
Pengajaran/Refleksi
Jangan seperti suku Efraim yang cuba menganggu Yefta, yang pada mulanya tidak mahu melakukan apa-apa dengan suku mereka.
Tetapi setelah Efraim cuba mahu membakar Yefta dan seisi keluarganya, sebaliknya yang berlaku kepada suku Efraim. Mereka cuba untuk melarikan diri daripada malapetaka, tetapi akhirnya mereka gagal kerana mereka tidak pandai mengucapkan kata, "Syibolet". Ketika itu, sebanyak 42 ribu orang Efraim terbunuh.
DALAM FIRMAN TUHAN HARI INI, MENGAJAR KITA SUPAYA KITA TIDAK MENGGANGGU UMAT PILIHAN TUHAN. BEGITU JUGA BAGI KITA UMAT PILIHAN-NYA JANGAN TAKUT SEBAB TUHAN AKAN BERPIHAK KEPADA KITA DAN BERTINDAK UNTUK MEMBALAS BAGI KITA.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin.
Rev. Ali Langgit
Comments