
2 Samuel 1:13-16 (AVB)
13Kemudian Daud bertanya kepada orang muda yang menyampaikan khabar itu kepadanya, “Dari manakah asalmu?” Jawabnya, “Hamba ini anak seorang pendatang, seorang Amalek.” 14Kata Daud kepadanya, “Tidakkah engkau takut menghulurkan tangan untuk membinasakan orang yang dilantik TUHAN?” 15Lalu Daud memanggil seorang daripada kalangan pemudanya, katanya, “Dekatinya dan seranglah dia!” Maka orang itu menyerang dan membunuh pemuda itu. 16Lalu berkatalah Daud kepada pemuda itu, “Darahmu tertanggung atas dirimu sendiri, kerana mulutmu sendiri bersaksi tentang dirimu dengan berkata, ‘Hamba telah membunuh orang yang dilantik TUHAN.’ ”
Pengajaran/ Refleksi.
1. Walaupun Raja Saul telah melawan kehendak Tuhan pada suatu ketika, tetapi dia tetap raja pilihan TUHAN seperti yang terdapat dalam pembacaan kita pada hari ini.
2. Orang Amalek yang telah memberitahu Daud bahawa dia telah membunuh Raja Saul. Daud bertanya kepadanya, "Mengapa engkau berani membunuh raja pilihan TUHAN?" Kemudian Daud memanggil seorang daripada anak buahnya dan memberikan perintah supaya menikam pemuda Amalek itu sampai mati, kerana itu adalah kesalahannya sendiri, kerana dia mengaku bahawa dia yang membunuh raja pilihan TUHAN.
Firman Tuhan ini mengajar kita supaya kita tetap menghormati orang pilihan Tuhan. Jangan sekali-kali menyakiti dan apa lagi membunuhnya, ia pasti ada balasannya daripada Tuhan. Halleluya dan amin!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments