top of page

Jangan Iri Hati Dengan Orang Menjadi Lebih Kaya



“…Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya, apabila harta mereka bertambah-tambah; apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa; harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka...…” Mazmur 49:17-18


Pemazmur memperingatkan kita supaya jangan iri hati apabila sesetengah orang akan menjadi kaya, apabila harta mereka bertambah-tambah. Mengapa pemazmur memperingatkan kita supaya jangan iri hati terhadap mereka?


Sebab apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa bersama-sama dengan mereka; kerana harta mereka tidak dapat turun ke dalam kubur bersama-sama mereka. oleh itu pemazmur memperingatkan kita jangan “..iri hati..” terhadap mereka.


Perkataan “..iri hati..” ini dijelmahkan didalam terjelmahan yang lain dengan maksud “..jangan takut..”. perkataan jangan takut ini merujuk kepada kata jaminan untuk golongan yang merasa mahu putus asa, putus harapan dan kurang semangat terhadap orang lain bertambah menjadi kaya.


Pemazmur memperingatkan kita supaya tidak takut apabila melihat orang lain menjadi lebih kaya atau memiliki banyak rumah yang besar dan indah. Sebab mereka akan mati satu hari nanti dan mereka juga tidak membawa segala yang dia miliki sewaktu mereka mati.


Dengan itu bagaimanakah dengan kita hari ini? apakah kita merasa iri hati dengan orang lain menjadi lebih kaya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan kepadaMu ya Tuhan, sebab didalamMu hidup saya man dan terjamin didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page