top of page

Jangan Kasih Kita Di Mulut Sahaja


“Anak-anakku, janganlah kasih kita di mulut sahaja. Kita hendaklah kasih-mengasihi melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati.” 1 Yohanes 3:18 AVB


Yohanes memperingatkan orang yang percaya kepada Tuhan Yesus agar mereka tidak mengasihi orang lain di mulut sahaja, tetapi harus mengasihi sesama melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati.


Sebagai orang percaya, kita tidak boleh sekadar berkata bahawa kita mengasihi sesama. Sebaliknya, kita perlu memperlihatkan kasih itu melalui perbuatan kita. Sebab kasih yang sejati mesti dibuktikan dengan tindakan, bukan hanya dengan omong kosong.


Kasih perlu disertai dengan perbuatan, kerana seseorang tidak boleh mengesahkan kasihnya tanpa menunjukkannya melalui perbuatan. Kasih tanpa perbuatan adalah sia-sia. Oleh itu, kasih yang benar bukanlah berdasarkan percakapan sahaja tetapi dinyatakan dalam kebenaran melalui tindakan nyata.


Apabila kita berkata bahawa kita mengasihi seseorang, maka kita harus menyatakannya melalui perbuatan kita. Sebab kasih yang benar terbukti melalui perbuatan, bukan sekadar di mulut.


Ingatlah pepatah ini: “Perbuatan yang dilakukan sesungguhnya lebih bermakna daripada janji mulut.” Pepatah ini mengingatkan kita bahawa meskipun kita tidak menyatakan kasih melalui tutur kata, perbuatan kita cukup membuktikan kasih kita kepada seseorang.


Marilah kita mengasihi sesama kita melalui perbuatan dan kebenaran, bukan di mulut semata-mata.

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon agar Tuhan mengajar aku sentiasa mengasihi orang di sekelilingku melalui perbuatan dan bukan di mulut sahaja. Inilah aku, pakailah aku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page