1 Samuel 4:12-14, 18 (BM)
Seorang daripada suku Benyamin lari dari medan peperangan lalu pergi ke Silo. Dia tiba di Silo pada hari itu juga. Dia sudah mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan menaruh tanah di atas kepala sebagai tanda berdukacita. Eli, yang sangat cemas memikirkan keselamatan Tabut Perjanjian itu sedang duduk di atas kerusi di tepi jalan, sambil termenung. Apabila orang itu menyebarkan berita kekalahan Israel di seluruh kota, semua orang menangis dengan kuat. Eli mendengar keriuhan itu, lalu bertanya, "Keriuhan apakah itu?" Sementara itu orang tadi berlari kepada Eli dan menyampaikan berita buruk itu. Apabila orang itu menyebut tentang Tabut Perjanjian, Eli jatuh terlentang dari kerusinya, di tepi pintu gerbang. Dia sangat tua dan gemuk, sehingga apabila dia jatuh lehernya patah. Ketika itu juga dia meninggal. Dia menjadi pemimpin Israel selama empat puluh tahun.
Pengajaran/Refleksi
Eli sangat cemas memikirkan keselamatan Tabut Perjanjian, lambang kehadiran Tuhan, yang takut akan dirampas oleh musuh. Tabut Perjanjian melambangkan kehadiran dan kekuatan Tuhan bersama mereka.
Ketika Eli mendengar bahawa Tabut Perjanjian telah dirampas, dia jatuh dan meninggal kerana kesedihan yang mendalam. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kehadiran Tuhan dalam hidup kita.
Seruan
Tabut Perjanjian adalah lambang kehadiran Tuhan. Jangan sekali-kali melepaskan kehadiran-Nya daripada hidupmu. Di mana ada Tabut Perjanjian, di sana ada kemenangan, pemulihan, damai sejahtera, dan sukacita.
Doa
Terima kasih, Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami agar kami tidak menjauhkan diri daripada Engkau. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments