Jangan Marah Tuhan Atas Apa yang Berlaku di Sekelilingmu
- Komuniti Digital 05
- 2 days ago
- 1 min read
Updated: 11 hours ago

2 Samuel 6:8-10 (AVB)
8Daud berasa kesal kerana TUHAN telah menyambar Uza. Itulah sebabnya tempat itu disebut Peres-Uza sampai hari ini. 9Namun begitu, pada hari itu Daud menjadi takut kepada TUHAN, katanya, “Bagaimanakah mungkin tabut TUHAN itu dapat sampai kepadaku?” 10Oleh sebab itu Daud tidak mahu memindahkan tabut TUHAN ke tempatnya, di Kota Daud, tetapi Daud menyinggahkannya di rumah Obed-Edom, orang Gat.
Pengajaran/Refleksi
1. Pernahkah saudara-saudariku tidak berpuas hati dan marah kepada Tuhan kerana sesuatu yang berlaku dalam hidup atau disekelilingmu? Seperti yang berlaku kepada Raja Daud yang marah kepada Tuhan kerana DIA telah membunuh Uza.
2. Tidak lama selepas itu Raja Daud, menyesal kerana telah memarahi TUHAN. Raja Daud menjadi takut kepada TUHAN, lalu berkata, "Bagaimana Tabut Tuhan itu dapat sampai kepadanya? Setelah kematian Uza, Raja Daud tidak jadi membawa Tabut Tuhan ke rumahnya tetapi di bawa ke rumah Obed-Edom, orang Gat itu.
Jangan marah TUHAN atas apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebab IA adalah TUHAN ALLAH pencipta kita. Lebih baik kita berserah kepada TUHAN yang MAHA KUASA dan mohon belas kasihan daripada-Nya, agar TUHAN meringankan beban kita dan bahkan melepaskan kita daripada segala yang jahat dan masalah kita.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comentarios